I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nur Aizah

Dalam lena ku terjaga,
Tersedar dari lamunan dunia,
Mengajar aku peri pentingnya masa ,
Aku lantas bangun berdiri,
Mencari pena untuk kunukilkan,
Sebuah puisi indah untuk diri ini.

Aku kerap tersungkur dek igauan itu,
Kerap jua aku menangis dek kesilapan diri,
Namun aku mengerti,
Fitrah hidup ini,
Andai tiada kegagalan,
Maka tiadalah kejayaan,
Air mataku tidak berlinang lagi,
Tanda aku sudah kembali,
Dalam semangat yang telah berpadu,
Ku kuatkan azam bulatkan tekad,
Untuk kuharung duri-duri yang menikam diri,
Biar diriku terluka,
Asalkan impianku terlaksana,
Untuk keluarga tercinta.

(Hak Cipta: Nur Aizah binti Ramli)
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails