I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nur Aizah
    

         "Berjalan aku dari kawasan yang jauh, setelah penat aku berehat seketika. Dipersinggahan aku lihat ada sekumpulan manusia di suatu kawasan yang berpagar dengan wajah yang penuh dengan duka, aku dapat rasa ada yang tak kena, lalu aku dekati mereka lantas melihat apa yang mereka sedang lakukan. Pakaian mereka berlumuran dengan tanah? Di tangan mereka ada yang memegang cangkul. Setelah meneliti situasi keadaan barulah aku faham ada kematian di sana. Di sisi lubang yang digali ada sekujur tubuh yang telah dibaluti dengan kain kapan. Siapakah gerangan dia? Aku memberanikan diri mendekatkan diri pada jenazah itu, ternyata aku tidak mengenalinya. Namun, aku turut merasa sedih jika  kubayangkan ada insan yang kusayang pergi meninggalkan aku. Aku meneruskan semula perjalanan yang tidak kuketahui di mana destinasinya. Terasa cahaya mendatangiku, aku bergerak dan terus lesap dari kawasan itu dan masuk ke dunia dengan badanku yang masih berbaring di atas katil. Ya Allah aku bermimpi rupanya.
        Aku berbaring sambil memikirkan mimpi yang aku alami. Apakah maknanya? Mungkin jua itu semua mainan iblis yang nak mengganggu anak cucu Adam. Apa pun, yang baik aku jadikan sebagai teladan, semua insan akan menghadapi mati. Mungkin jua ditunjukkan padaku situasi sedemikian supaya aku sedar bahawa tiada apa yang akan dibawa ketika mati, hanya kain putih membalut tubuh. Sedekah, amal, jariah dan doa yang dikirimkan sahaja menjadi penghubung sebagai hadiah juga peneman tika di dalam kubur nanti. Bila aku fikirkan, memang terasa seram, aku tahu kematian itu pasti namun apakah aku sudah bersedia dengan segala amalan, apakah aku cuba untuk meningkatkan amalanku. Kekadang nafsu duniawi merencatkan segalanya. Pabila ajal sudah menjelang tiada gunanya lagi. Raungan roh pada PENCIPTA untuk dipanjangkan usia sudah tiada ertinya lagi.
         Maka, dengan itu wahai saudaraku mari kita muhasabah diri sejauh mana amalan yang kita lakukan, berapa banyak dosa yang telah mencemarkan tubuh kita, apakah amalan yang kita lakukan selama ini mampu memberatkan timbangan kebaikan pada neraca al-mizan di padang MAHSYAR nanti. Astaghfirullah hal a'zim.
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails