I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nur Aizah

video



(Karya: Nur Aizah binti Ramli)



Teguh kaki berdiri di bumi Allah,
Menghela nafas yang diberi percuma,
Kumulakan perjalanan di ufuk timur,
Mencari yang tersirat di ufuk barat.

Kutemui satu permata hitam,
Kugilap ia dalam kesamaran,
Apakah ia kan bersinar,
Apakah jua ia kan malap begitu sahaja,
Namun, dalam tekad yang kuhimpun,
Aku yakin sinarmu pasti terserlah,
Andai kau benar-benar permata.

Jalanku kini kian terpadam,
Pada usia di hujung jalan,
Rantaian doa kupanjatkan,
Agar kau terus bersinar,
Menjadi permata yang bernilai,
Membawa erti dalam kehidupan.
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails