I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nur Aizah

Diri hina tatkala akal kosong tidak berguna,

Hati hampa pabila aku tak mengenal dunia,

Masa berlalu terus mendewasakan aku,

Mengenal setiap nilai dalam waktuku,

Dirimu menjadi kunang-kunang,

Tika aku gelap di hujung sepi,

Tanpa tiada yang menemani,

Meskipun cahaya yang pudar menyuluh di situ,

Kau bisa membina harapan dan semangat padaku,

Engkau jua menghapus dukaku,

Melakar sebuah impian yang aku angankan,

Sehingga aku tegar berdiri di bangunan ini,

Engkaulah guruku,

Guru yang sentiasa dalam sanubariku..,

Terima kasih cikgu!!!!!.

(Hakcipta: Nur Aizah binti Ramli)

0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails