Walau dinginnya membuatku kesejukan,
Kesunyian begini amat kuimpi,
Setelah senja berkalut pergi,
Senyum di bibir meruntun jiwa,
Untuk ceria seketika,
Membalut segala luka di dada,
Angin terus berlalu pergi,
Dalam khabaran esok masih ada buatku,
Ku gagahi diri berdiri lagi,
Kerana rahmatNYA yang tersembunyi,
Dalam himpunan doa kupohon padaNYA,
Agar terlindung dari godaan iblis laknatullah,
Agar tetap pendirian ini,
Menghadapi segala dugaan yang menguji diri.
(Hak Cipta: Nur Aizah binti Ramli)
Post a Comment