Langkahku lesu tika ku di hadapan,
Menjadi pemerhati dalam igauan,
Lidahku kelu tika kamu menafikan,
Air mata berlinang tika kenangan didustakan,
Andai itu menjadi ukuran,
Nilaiku padamu hanyalah ibarat buih di lautan.
Usah memaafkn andai tiada keikhlasan,
Usah menangis andai aku telah kamu hapuskan,
Tanyalah padaku,
Apakah nilai kamu disisi aku?
Aku kan menjawab,
Andai tiada kasih dan sayang aku pada kamu ,
Maka tiadalah linangan air mata tika sajak ini kunukilkan,
Mengapa harus aku begitu?
Bagaimana harus aku yakinkan kamu?
Adakah dengan kuhadapkan bintang di hadapanmu,
Kamu dapat mengetahui isi hatiku,
Usah kau bandingkan kenangan itu,
Kerana setiap kenangan nilainya berbeza.
Wahai diri,
Benarkan aku menghinggap di tebing air matanya,
Benarkan aku rasa hangat linang air matanya,
Biarkan aku menyeka setiap titisan mutiara itu,
Supaya kering air mata dan ceria hatinya,
Namun diri,
Apakah dia akan menerima kamu?
Adakah dia yakin terhadap katamu itu?
Mungkin wahai diri,
Biarkan masa menentukan segalanya,
Berdoalah pada Tuhan,
Agar segalanya pulih seperti biasa,
Agar air mata mereka bisa kering di bawah sinar kebahagiaan.
(Hak Cipta:Nur Aizah binti Ramli)
Post a Comment