I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nur Aizah
Assalamualaikum w.b.t., pada hari ini bermulalah PBS( Pengalaman Berasaskan Sekolah) yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi bermula 7Mac sehingga 11 Mac 2010. Meskipun PBS dilakukan secarabersendirian, saya tetap gembira kerana disokong oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah berkenaan. Perasaan kekok dan sedikit gugup bertukar ceria setelah dapat berkenal-kenalan dengan para guru dan murid. Benarlah peribahasa Melayu 'tak kenal maka tak cinta'.
Seawal 7.20pagi saya ke sekolah berkenaan untuk melapor diri, suasana yang agak suram diseliputi kabus menambahkan kerisauan di hati saya untuk meneruskan hasrat. Namun, hal itu bukan menjadi penghalang untuk berpatah balik. Seperti biasa saya ke pejabat untuk melapor diri sebagai guru pelatih. Terlebih dahulu, saya memperkenalkan diri kepada bahagian pentadbiran iaitu guru besar akan kehadiran dan tujuan saya berada di sekolah berkenaan. Guru besar dan kakitangan sekolah sangat peramah dan melayan saya dengan penuh mesra. Mereka sentiasa memberikan bantuan dan bertanyakan saya tentang maklumat yang saya ingin peroleh ketika di sekolah.
Aktiviti di sekolah pada mingu tersebut adalah sambutan Maulidul Rasul, keesokannya dan hari Selasa serta Rabu ujian bulanan akan diadakan dan diikuti dengan hari Khamis Sukan Peringkat Sekolah yang berlangsung selama 2 hari iaitu hari Rabu dan Khamis. Saya mula berfikir bagaimana saya ingin mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran guru kerana dalam masa seminggu tersebut guru sibuk menguruskan aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah. Walau bagaimanapun, saya akan cuba mendapatkan maklumat tambahan daripada mentor berkaitan tugasan yang perlu dilakukan sekalipun tidak berpeluang untuk melihat pnp guru di dalam kelas 'jika tiada rotan akar pun berguna juga'.
Kemudian, selesai melapor diri saya mengikuti perarakan Maulidul Rasul yang melibatkan semua guru dan murid. Mereka berarak di kawasan berdekatan dengan sekolah. Guru yang terlibat menganjurkan aktiviti tersebut memberi taklimat kepada murid akan laluan yang akan dilalui sepanjang perarakan, seterusnya ucapan ringkas daripada Guru besar yang menyarankan agar para murid menghayati perarakan tersebut dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Saya perhatikan para murid begitu teruja untuk melakukan aktiviti tersebut. Mereka berpakaian begitu indah sekali seakan-akan pakaian di pagi Hari Raya. Begitulah keceriaan dan keterujaan mereka untuk menyertai perarakan pada hari tersebut.
Setelah selesai perarakan, pihak penganjur mengadakan pertandingan mewarna bagi pra sekolah dan pertandingan melukis khat bagi tahap 1 dan tahap 2. Mereka mewarna dan menulis dengan sebaik mungkin. Saya dan guru lain hanya memberi tunjuk ajar kepada murid sambil memberi panduan yang betul semasa menulis dan mewarna. Selesai pertandingan tersebut, murid-murid berehat sebentar dan acara disambung semula dengan kuiz untuk murid kelas KAFA.Murid yang menyertai kuiz sentiasa disokong oleh rakan-rakan bagi memberi semangat untuk mereka. Sememangnya suasana sedemikian yang perlu diwujudkan dalam suatu pertandingan.
Sambutan Maulidul Rasul berakhir pada pukul 1.15ptg. Aktiviti yang berlangsung di sekolah sepanjang hari tersebut memberikan saya pelbagai input yang sangat berguna, terutama sekali dari segi pengurusan majlis dan sebagainya. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh pada hari tersebut akan menjadi panduan kepada saya pada hari yang mendatang dalam meniti hidup sebagai insan yang bergelar 'cikgu'.
0 Responses

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails