Nur Aizah
    


   "Ish cantik betul baju-baju kat sini, tudung pun menarik gak , kalu aku pakai mesti matching dengan diri aku, takpe takpe nanti aku beli". Maka, dibelilah tudung dan baju itu walaupun tak la mahal tapi jika yang dibeli tu berhelai-helai agak beban dan membazir juga la. Bulan depan kisah yang lain pula " ala...kasut ni dah terkoyak sikit, kena beli lain ni, tengokla hujung minggu nanti aku beli yang baru kat Times Square". Demikianlah, situasi yang memang terjadi pada aku dan semua orang. Em, asyik melayan nafsu lesulah diri dibuatnya.
      Semua benda yang dibeli guna duit, asal ada je duit mulalah akal ligat berfikir nak beli yang tu nak beli yang ni. Padahal semua assesori tu masih ada dan elok, saje nak buang duit yang banyak. Dah tu, hujung-hujung sem mulalah "adoi...duit tak dak, camna ni" ha..akulah tu. Bukan nak mengaibkan diri tapi nak dijadikan sebagai pengajaran kat korang sume. "Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis", dah habis apa boleh buat, "ha...lu pikir la sendiri"..hehe...Waktu tu nasihat pon dah tak gne, sbb sendiri mau ingat la kan. Em ternyata pengalaman adalah guru yang terbaik buat kita. 
       Nak tanya? Boleh ke kita bahagia tanpa duit? Bagi aku jika dulu-dulu mungkin ya tapi orang dulu diorang takder duit pon tanah berekar-ekar, ada kebun dan macam-macam lagi.  Dunia sekarang duit dikejar-kejar, tapi kena ingat kejar duit pun jangan taksub sangat takut tersesat ke jalan lain pula. Sebabnya duit ni bleh dapat dari pelbagai sumber. Ya..sumber yang halal ataupun sumber yang haram. Aku ingat lagi ustaz aku pesan hasil pendapatan yang haram jika masuk ke dalam tubuh menjadi bakaran api neraka la jawabnya. Seram aku rasa, api yang kena dihujung jari pun boleh wat kita terloncat-loncat, inikan pula satu tubuh yang menjadi bakaran api neraka... Allahuakbar. Namun, dari sumber yang halal pun kena beringat juga keluarkan zakat, jangan buat-buat lupa. Zakat tu banyak faedahnya. Ternyata agama Islam ni agama yang sangat indah, diciptakan pelbagai hukum adalah untuk kebaikan umat. Ya, untuk membantu orang yang susah, juga sebagai penebus kepada rezeki yang diterima kita secara tidak halal tanpa kita sedari. 
       Kesimpulannya, duit ni memang sangat penting pada kita. Semua orang kene ada duit tapi duit tak semestinya memberikan kebahagian hakiki kepada kita. Kebahagian tu terletak pada keseimbangan dalaman dan luaran. Dalaman tu diibaratkan macam akhlak, luaran pula umpama harta.  Justeru seimbangkan kedua-duanya.

Nur Aizah
    

         "Berjalan aku dari kawasan yang jauh, setelah penat aku berehat seketika. Dipersinggahan aku lihat ada sekumpulan manusia di suatu kawasan yang berpagar dengan wajah yang penuh dengan duka, aku dapat rasa ada yang tak kena, lalu aku dekati mereka lantas melihat apa yang mereka sedang lakukan. Pakaian mereka berlumuran dengan tanah? Di tangan mereka ada yang memegang cangkul. Setelah meneliti situasi keadaan barulah aku faham ada kematian di sana. Di sisi lubang yang digali ada sekujur tubuh yang telah dibaluti dengan kain kapan. Siapakah gerangan dia? Aku memberanikan diri mendekatkan diri pada jenazah itu, ternyata aku tidak mengenalinya. Namun, aku turut merasa sedih jika  kubayangkan ada insan yang kusayang pergi meninggalkan aku. Aku meneruskan semula perjalanan yang tidak kuketahui di mana destinasinya. Terasa cahaya mendatangiku, aku bergerak dan terus lesap dari kawasan itu dan masuk ke dunia dengan badanku yang masih berbaring di atas katil. Ya Allah aku bermimpi rupanya.
        Aku berbaring sambil memikirkan mimpi yang aku alami. Apakah maknanya? Mungkin jua itu semua mainan iblis yang nak mengganggu anak cucu Adam. Apa pun, yang baik aku jadikan sebagai teladan, semua insan akan menghadapi mati. Mungkin jua ditunjukkan padaku situasi sedemikian supaya aku sedar bahawa tiada apa yang akan dibawa ketika mati, hanya kain putih membalut tubuh. Sedekah, amal, jariah dan doa yang dikirimkan sahaja menjadi penghubung sebagai hadiah juga peneman tika di dalam kubur nanti. Bila aku fikirkan, memang terasa seram, aku tahu kematian itu pasti namun apakah aku sudah bersedia dengan segala amalan, apakah aku cuba untuk meningkatkan amalanku. Kekadang nafsu duniawi merencatkan segalanya. Pabila ajal sudah menjelang tiada gunanya lagi. Raungan roh pada PENCIPTA untuk dipanjangkan usia sudah tiada ertinya lagi.
         Maka, dengan itu wahai saudaraku mari kita muhasabah diri sejauh mana amalan yang kita lakukan, berapa banyak dosa yang telah mencemarkan tubuh kita, apakah amalan yang kita lakukan selama ini mampu memberatkan timbangan kebaikan pada neraca al-mizan di padang MAHSYAR nanti. Astaghfirullah hal a'zim.
Nur Aizah
      

      Pabila hati ingin bicara pada kisah yang terbuku di hati, maka terselit pelbagai rasa yang menggetarkan jiwa. Kekadang diri keliru pabila tiada yang memahami. Egois mencengkam diri. Diri sudah dewasa dan masing-masing punya akal yang waras dan punya tingkah yang patut dilafazkan. Namun, bezanya adalah bagaimana akal mengurus segala permasalahan.
      Ya...semakin banyak masalah seseorang semakin matang dia menghadapai arus kehidupan. Justeru aku positifkan diri mungkin si dia masih belum mengenal dunia secara sempurna. Tidak pula aku menyalahkan sesiapa, namun aku jua manusia yang bisa merasa perasaan yang sama dirasa oleh insan lain. Patutkah amarah terlintas dihatiku tatkala ada situasi yang mengundang ketidakpuasan hati pada tingkah yang dilafazkan.? Wahai jiwa, rasalah tenteram kerana si dia masih belum memahami keadaan kau sepenuhnya. Wahai jiwa, ikhlaskan dihati lafazkan senyuman dibibir kerana Allah s.w.t sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Maka, yakinlah.....
       Semua insan tidak sempurna terutamanya dari segi mental. Ketahanan mental seseorang bergantung pada berdikarinya dia dalam menghadapi situasi mencabar, dan cara mengurus emosi. Pada aku, semua itu sukar, begitu sukar. Pabila rasa itu mula meresap dan membakar ke seluruh tubuh, segeraku ingat pada dia iaitu Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pernah berkasar malah tidak jua bertindak memarahi seseorang yang bertindak kejam ke atasnya. Bahkan hanya dizahirkan dengan senyuman dan bersabar. Sesungguhnya dugaan yang diterima baginda lebih dasyat daripada yang umatnya alami. Maka, bersabarlah wahai hati......
Nur Aizah
          Oleh: Nur Aizah binti Ramli



        Masa berlalu dan mengubah segalanya. Kata orang "siapa cepat dia dapat". Maka, memang benarlah, jika kita asyik menunggu tanpa membuat apa-apa tiadalah hasil yang kita dapat, jika berkehendakkan pada sesuatu perlulah bertindak ke arahnya bila lambat saja orang lain yang akan kebas dulu.


           Bertitik tolak daripada hal itu, seharusnya kita ingat akan cara menguruskan masa. "Ala..semua benda ni kita selalu dengar waktu kem motivasi ataupun seminar."kata si A. Ya, orang boleh bercakap tapi untuk bertindak melakukannya adalah diri kita sendiri. 


          Satu lagi perkara yang nak dikongsikan bersama dan masih menjadi tanda tanya, mengapa kita selalu meragam atau tidak puas hati pada seseorang apabila dia sehabis baik mengatur sesuatu program untuk kita, padahal kita tidak pun termasuk dalam golongan yang membantunya. Kadang-kadang saya sendiri pun terlepas cakap juga. Em, mungkin kita hanya akan faham apabila kita berada dalam situasi orang tersebut.


       Pada pandangan yang masih cetek ini, hidup jika dimulakan dengan sesuatu yang selesa,  tidak akan terbit  rasa bersyukur bahkan mengungkit serta mulut masih menggumat gamit, melahirkan rasa tak puas hati, tapi jika hidup bermula di tahap yang paling bawah sekali iaitu di tahap yang susah, kita akan tahu betapa peritnya usaha untuk berada di tahap yang selesa. Kita lihat sahaja di sekeliling kita, ada yang kaya, miskin, berpangkat, berharta, papa kedana dan sebagainya. Tidak kisahlah dimana kelompok yang mana mereka berada, yang penting, sejauh mana rasa bersyukur itu?Tepuk dada tanyalah iman.


         Dalam dunia yang serba moden ni pelbagai perubahan yang berlaku termasuklah perubahan dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Sebut pasal "sosial", teringat saya pada satu kisah yang saya lihat dari internet. Kisah pengguguran bayi, Masya Allah, tatkala melihat video itu, menitis air mata kerana pengguguran yang dilakukan atas kerelaan si ibu, dan sememangnya anak yang dikandungkan itu adalah anak luar nikah. Saya lihat bagaimana proses pengguguran itu, begitu pedih bagi diri yang jua seorang gadis, apakah si ibu tegar berbuat demikian. Bayangkanlah, si anak yang dikandungkan itu, sedap lena dibuai mimpi maya, tiba-tiba direnggut suatu besi tajam lalu memisahkan jasad dan rohnya dari ibu. Ya Allah........apa salah mereka. Zina itu haram, nikah itu halal. Perkara ini selalu sangat ditekankan. Tapi sayang berapa ramai yang menghayati.


      Atas rasa kesedihan di hati, saya tamatkan nukilan ini dengan satu persoalan, jika hari ini kita lihat keadaan sosial begini teruk berlaku, apakah kesannya pada negara untuk masa akan datang dan yang paling penting apakah bekalan itu yang kita bawa pulang hanya sebagai minyak yang menyemarakkan api neraka?Fikir-fikirkan...sesungguhnya MAUT ITU  AKAN MENJELANG, KIAMAT KIAN MENGUNDANG......Astagfirullah hal a'zim.......
Nur Aizah
Karya: Nur Aizah binti Ramli

Jika hati tersadung rindu,
Jika nafas tersedak rasa,
Akal bisa tafsir semua,
Pada duka yang telah lara,
Bukan niatku lakukan semua,
Sekadar singgah untuk bertanya ,
Apakah dia meratap diriku,
Dengan mengharap impian nan satu.

Mungkin tiada pondok kasihan,
Pada diri yang ingin bertahan,
Redup kasihnya yang kudambakan,
Agar dapat kujadikan teman,
Penantian berzaman-zaman,
Tiada kasih yang dibuktikan,
Wahai diri sedarlah kamu,
Pada cinta selembut baldu,
Berbaktilah pada ayah dan jua ibu,
Biar setinggi awan nan biru,
Pada kasih yang kian bertemu.
Nur Aizah
Lirik lagu Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza (Lagu Tema ALIFF FIRDAUS) | LIRIK LAGU | POPULAR LYRICS | VIDEO
Nur Aizah
Mengapa ada rasa marah?,
Kerana jiwa tak pernah puas,
Kerana emosi tak pernah bebas,
Jenuh kutahan rasa ini,
Dalam sendu yang kusimpan,
Lalu menjadi bara yang menghangat di dada.

Duhai hati,
Jagalah marah itu,
Duhai akal,
Fikirlah yang mana perlu,
Kerna marah itu sementara,
Umpama rumpun lalang yang dibakar,
Sampai ketika ia kan terpadam,
Dek hujan yang menimpa,
Benarkan air mata itu,
Membasahi bara yang terpendam,
Usah biarkan ia membakar tubuhmu,
Walaupun pedih telanlah ia,
Yakinlah duhai hati,
Allah SWT sentiasa denganmu,
DIA sentiasa bersama orang yang bersabar.
Ucaplah "astaghfirullah hal a'zim".