Mengapa ada rasa marah?,
Kerana jiwa tak pernah puas,
Kerana emosi tak pernah bebas,
Jenuh kutahan rasa ini,
Dalam sendu yang kusimpan,
Lalu menjadi bara yang menghangat di dada.
Duhai hati,
Jagalah marah itu,
Duhai akal,
Fikirlah yang mana perlu,
Kerna marah itu sementara,
Umpama rumpun lalang yang dibakar,
Sampai ketika ia kan terpadam,
Dek hujan yang menimpa,
Benarkan air mata itu,
Membasahi bara yang terpendam,
Usah biarkan ia membakar tubuhmu,
Walaupun pedih telanlah ia,
Yakinlah duhai hati,
Allah SWT sentiasa denganmu,
DIA sentiasa bersama orang yang bersabar.
Ucaplah "astaghfirullah hal a'zim".
Post a Comment