Nur Aizah
      

      Pabila hati ingin bicara pada kisah yang terbuku di hati, maka terselit pelbagai rasa yang menggetarkan jiwa. Kekadang diri keliru pabila tiada yang memahami. Egois mencengkam diri. Diri sudah dewasa dan masing-masing punya akal yang waras dan punya tingkah yang patut dilafazkan. Namun, bezanya adalah bagaimana akal mengurus segala permasalahan.
      Ya...semakin banyak masalah seseorang semakin matang dia menghadapai arus kehidupan. Justeru aku positifkan diri mungkin si dia masih belum mengenal dunia secara sempurna. Tidak pula aku menyalahkan sesiapa, namun aku jua manusia yang bisa merasa perasaan yang sama dirasa oleh insan lain. Patutkah amarah terlintas dihatiku tatkala ada situasi yang mengundang ketidakpuasan hati pada tingkah yang dilafazkan.? Wahai jiwa, rasalah tenteram kerana si dia masih belum memahami keadaan kau sepenuhnya. Wahai jiwa, ikhlaskan dihati lafazkan senyuman dibibir kerana Allah s.w.t sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Maka, yakinlah.....
       Semua insan tidak sempurna terutamanya dari segi mental. Ketahanan mental seseorang bergantung pada berdikarinya dia dalam menghadapi situasi mencabar, dan cara mengurus emosi. Pada aku, semua itu sukar, begitu sukar. Pabila rasa itu mula meresap dan membakar ke seluruh tubuh, segeraku ingat pada dia iaitu Rasulullah s.a.w. Baginda tidak pernah berkasar malah tidak jua bertindak memarahi seseorang yang bertindak kejam ke atasnya. Bahkan hanya dizahirkan dengan senyuman dan bersabar. Sesungguhnya dugaan yang diterima baginda lebih dasyat daripada yang umatnya alami. Maka, bersabarlah wahai hati......
0 Responses

Post a Comment