Oleh: Nur Aizah binti Ramli
Bertitik tolak daripada hal itu, seharusnya kita ingat akan cara menguruskan masa. "Ala..semua benda ni kita selalu dengar waktu kem motivasi ataupun seminar."kata si A. Ya, orang boleh bercakap tapi untuk bertindak melakukannya adalah diri kita sendiri.
Satu lagi perkara yang nak dikongsikan bersama dan masih menjadi tanda tanya, mengapa kita selalu meragam atau tidak puas hati pada seseorang apabila dia sehabis baik mengatur sesuatu program untuk kita, padahal kita tidak pun termasuk dalam golongan yang membantunya. Kadang-kadang saya sendiri pun terlepas cakap juga. Em, mungkin kita hanya akan faham apabila kita berada dalam situasi orang tersebut.
Pada pandangan yang masih cetek ini, hidup jika dimulakan dengan sesuatu yang selesa, tidak akan terbit rasa bersyukur bahkan mengungkit serta mulut masih menggumat gamit, melahirkan rasa tak puas hati, tapi jika hidup bermula di tahap yang paling bawah sekali iaitu di tahap yang susah, kita akan tahu betapa peritnya usaha untuk berada di tahap yang selesa. Kita lihat sahaja di sekeliling kita, ada yang kaya, miskin, berpangkat, berharta, papa kedana dan sebagainya. Tidak kisahlah dimana kelompok yang mana mereka berada, yang penting, sejauh mana rasa bersyukur itu?Tepuk dada tanyalah iman.
Dalam dunia yang serba moden ni pelbagai perubahan yang berlaku termasuklah perubahan dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Sebut pasal "sosial", teringat saya pada satu kisah yang saya lihat dari internet. Kisah pengguguran bayi, Masya Allah, tatkala melihat video itu, menitis air mata kerana pengguguran yang dilakukan atas kerelaan si ibu, dan sememangnya anak yang dikandungkan itu adalah anak luar nikah. Saya lihat bagaimana proses pengguguran itu, begitu pedih bagi diri yang jua seorang gadis, apakah si ibu tegar berbuat demikian. Bayangkanlah, si anak yang dikandungkan itu, sedap lena dibuai mimpi maya, tiba-tiba direnggut suatu besi tajam lalu memisahkan jasad dan rohnya dari ibu. Ya Allah........apa salah mereka. Zina itu haram, nikah itu halal. Perkara ini selalu sangat ditekankan. Tapi sayang berapa ramai yang menghayati.
Atas rasa kesedihan di hati, saya tamatkan nukilan ini dengan satu persoalan, jika hari ini kita lihat keadaan sosial begini teruk berlaku, apakah kesannya pada negara untuk masa akan datang dan yang paling penting apakah bekalan itu yang kita bawa pulang hanya sebagai minyak yang menyemarakkan api neraka?Fikir-fikirkan...sesungguhnya MAUT ITU AKAN MENJELANG, KIAMAT KIAN MENGUNDANG......Astagfirullah hal a'zim.......
Post a Comment