Hari ini aktiviti aku pergi kenduri je, mulanya rasa segan tapi aku teguhkan hati jugak pergi dengan keluarga. Yala, dah besar-besar ni rasa malu nak g makan kenduri padahal waktu kecil dulu pantang je sebut kenduri awal-awal dah siap, bersiap mengalahkan mak, lipstik tu kalau guna habis comot bibir, "takpe....dah cukup cantik la tu", kata kawan yang merangkap mak andam aku, hehe. Sekarang aku dah besar, make up sume dah tak nak pakai, nak tau sebab apa? Sebab rasa melekit, tak natural dan sebab2 yang lain.
Sampai ja kat umah kenduri aku rasa macam tak nak turun kereta, macam orang tak dak hidung. Tapi nanti kesian pulak mak ngan ayah aku jalan berdua. Maka, aku pun turun dan berjalan dengan penuh rasa keseganan. Memang ramai orang kat umah kenduri, dah nama pun kenduri mestilah penuh ngan orang kan. Aku dah rasa lain macam apsal orang dok tengok aku ni, aku ada silap pakai baju ke?takpun salah ke aku tak make up hari tu. Macam-macam tekaan aku kat dalam hati ni. Apapun aku tebalkan muka, biarlah diorang nak pandang yang penting apa yang aku pakai sopan dan masih menutup aurat. Em, selesai makan kenduri kat umah sedara ayah , ada satu g kenduri kat umah kawan aku.. akak dia nikah.
Kenduri kat umah kawan aku yang ni, meriah la dengan dj sume ada. Hai...dalam fikiran ni dok bayang dah kalaulah ini kenduri aku, bahagianya.Gatal betul la, hehehe..gurau je ye. Kat kenduri tu aku jumpa kawan2 lama. Wa...dah cantik, segak diorang bila dah besar ni. Terpegun aku tengok. Kami pun dok bersembang la sejam dua. Pastu aku ngan 2 orang g kawan aku berangkat pulang. Dalam melangkah kaki nak pulang sempat lagi aku tengok pelamin kat situ..Hehehe..macam-macam yang aku pikir..kikikiki...
Tu je kisah aku untuk hari ni. Esok cerita yang lain pula. Aku dan adik aku nak g alor star, jalan-jalan cari pasal. Hehehe....(^_^)
Post a Comment