Nur Aizah
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

Bismillahirrahmanirahim..

Sejarah yang tercatat di dalam al-Quran bahawa kaum Hawa diciptakan dari rusuk kiri Nabi Adam a.s. Kehadiran Hawa adalah untuk memberi kesenangan hati kepada Nabi Adam a.s. Namun, terciptanya Hawa adalah dari rusuk kiri yang bengkok, maka untuk diluruskan tidak boleh terlalu kasar kerana akan patah. Maka jelas di sini, kaum hawa sangat memerlukan bimbingan dan perlindungan dari kaum Adam kerana mereka mudah untuk lembut hati pada godaan syaitan laknatullah. Buktinya, di neraka kelak kaum wanita lebih ramai dimasukkan ke neraka menjadi bahan api yang membakar. Na'uzubillah.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata ramai orang yang memasukinya terdiri daripada orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang menghuninya adalah kaum wanita."

Oleh itu, Rasulullah telah memberi peringatan kepada kaum wanita supaya menjauhkan diri daripada kamaksiatan juga kejahatan menurut syariat yang telah digariskan di dalam al Quran dan hadis. Sesungguhnya kaum wanita ini begitu mudah untuk masuk ke syurga namun lebih ramai menghuni neraka. Terdapat empat perkara yang jika diikuti oleh kaum wanita nescaya masuklah dia ke dalam syurga, insya Allah, iaitu;

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Terdapat pelbagai larangan yang dapat dijadikan panduan kepada muslimah untuk melindungi
diri daripada dosa. Namun ada 33 larangan yang dapat saya garapkan melalui buku
yang menjadi rujukan iaitu 33 Larangan Rasulullah s.a.w terhadap wanita yang disusun
oleh Drs Hanafi Mohamed keluaran Al Hidayah Publications. Antara 33 larangan tersebut adalah


1. Wanita mendedahkan aurat -Seorang wanita yang pabila sudah mencapai akil balighnya wajiblah menutup aurat dan hukumnya berdosa. Islam bukan agama yang kejam, tetapi Islam adalah agama yang penuh berhikmah, hikmah menutup aurat adalah untuk memelihara kehormatan diri dan menghalang daripada perbuatan orang yang berniat jahat kepada wanita.

Rasulullah s.a.w bersabda: Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan muka dan dua tangannya sampai pergelangan." (H.R Abu Daud)

2.Wanita berpakaian menyerupai lelaki.

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku melaknat wanita-wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki berpakaian menyerupai wanita," (H.R Bukhari)

3. Wanita bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim - Sesungguhnya dalam al-Quran telah jelas menegaskan bahawa tidak dibenarkan seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa dihadiri dengan muhrim yang lain.
4. Wanita bersalaman dengan lelaki bukan muhrim

Rasulullah s.a.w bersabda:"Sungguh dimasukkan kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum dari dua besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (H.R Tabrani)

5.Wanita berpakaian menyerupai pakaian orang kafir.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukan dari golongan kami siapa yang menyerupai yang bukan dari kami. Jauhilah kamu dari mengikut kaum Yahudi dan Nasrani." (H.R Tirmidzi)

6.Wanita menyambung rambut.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Rasulullah s.a.w melaknat wanita yang menyambung rambut atau minta disambung rambutnya." (H.R Bukhari)
7. Wanita mencabut, mencukur atau menipiskan alis.

Rasulullah s.a.w bersabda: Rasulullah s.a.w melaknat wanita-wanita yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya. (H.R Abu Daud)

8. Mengikir gigi

Rasulullah s.a.w bersabda: Dilaknat wanita-wanita yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah." (H.R Bukhari dan Muslim)

9.Wanita melakukan tato
10.Wanita melihat wanita aurat sesama wanita atau bergabung dalam satu pakaian. Islam sangat memelihara kesucian dan kehormatan terutama wanita. Perbuatan tersebut akan menyebabkan persentuhan dan saling melihat aurat adalah haram.

11. Wanita melakukan musahaqah (lesbian)
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang mendapati melakukan perbuatan kaum Lut (lesbian atau liwat), maka bunuhlah dia baik yang mengajak ataupun yang diajak." (H.R Abu Daud)

12.Wanita memakai wangian agar dikagumi orang lain

Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap wanita yang memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melewati suatu kaum supaya mereka tercium bau wanginya itu bererti dia telah berzina". (H.R Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai).

13.Wanita memasuki pusat rawatan kecantikan awam.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tidaklah seorang wanita yang menanggalkan pakaiannya di tempat selain rumahnya melainkan akan dikoyakkan tabir antara dirinya dengan Allah Taala."(H.R Ibnu Majah)

14.Wanita berkhalwat dengan lelaki bukan muhrim.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu masuk ke tempat wanita, lalu seorang kaum ansar berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu mengenai ipar? Jawab baginda: "Ipar itu maut (berkhalwat dengannya bagaikan bertemu dengan maut)"(H.R Muttafaq Alaih)

15. Wanita yang tidak melayani suami

Rasulullah s.a.w bersabda: "Demi Zat yang jiwaku di tanganNya, tidaklah seorang lelaki mengajak isterinya ke kamar lalu isterinya menolak, kecuali yang ada di langit(malaikat) murka terhadapnya(isterinya) sehingga ia(suaminya) rela terhadapnya." (H.R Bukhari, Muslim dan An- Nasai).

16.Wanita menceritakan hubungan suami isteri kepada orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat kelak adalah seorang suami yang mengetahui (rahsia) isterinya dan seorang isteri yang mengetahui (rahsia) suaminya kemudian dia menceritakan rahsia itu."(H.R Muslim)




17.Wanita menerima tetamu lelaki bukan muhrim tanpa izin suami.
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang isteri puasa pada saat suami di sampingnya kecuali dengan izinnya dan tidak boleh mengizinkan seseorang masuk ke rumahnya tanpa izin suaminya." (H.R Muslim)

18.Wanita keluar rumah tanpa izin suami
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa sahaja isteri yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, maka ia berada dalam kemurkaan Allah sehingga ia pulang atau suami merelakannya."(H.R Khatib)
19.Wanita membenci dan menyakiti hati suami

Rasulullah s.a.w bersabda: "Jangan seorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini kerana bidadari dari syurga berkata: "Janganlah engkau menyakiti dia. Semoga Allah membinasakan sebab dia (suamimu) hanya sebentar di sisimu. Ia segera akan berpisah darimu untuk pergi kepada kami." (H.R Tirmizi)
20.Wanita mengingkari perintah suami yang baik
Rasulullah s.a.w bersabda: "Riwayat dari Hasan ia berkata: Telah menceritakan kepadaku orang mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Pertama kali yang ditanyakan kepada para wanita di hari kiamat nanti ialah tentang sembahyang dan suaminya. (H.R Abu Syeikh)

21.Wanita bermusafir tanpa muhrim dan suami
22.Wanita menceritakan sifat wanita lain kepada suaminya
23.Wanita puasa sunat tanpa izin suami
24.Wanita menginfakkan harta tanpa izin suami
25.Wanita kufur terhadap kebajikan suami
26.Wanita menyumpahi anak
27.Wanita yang memaksa suami menceraikannya.
28.Wanita memakai perhiasan emas dengan sombong dan megah
29.Wanita menyakiti jiran
30.Wanita mencakar dan merobek pakaiannya ketika mendapat musibah
31.Wanita meratapi kematian
32.Wanita berkabung atas kematian seseorang melebihi tiga hari.
33.Wanita menziarahi kubur dengan diiringi kematian
0 Responses

Post a Comment