Allah SWT berfirman:"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un'. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."(Al-Baqarah: 156-157)
Sabda Nabi Muhammad SAW: "Syurga itu dikelilingi oleh perbuatan yang dibenci manusia sementara Neraka itu dikelilingi oleh perbuatan yang disukai hawa nafsu"(H.R Muslim)
Berdasarkan firman Allah SWT dan sabda dari Rasulullah SAW, jelaslah bahawa ujian dan dugaan yang datang silih berganti mempunyai hikmah yang telah diaturkan Allah SWT yang tidak kita ketahui. Lazimnya, orang yang benar akan selalu ditimpa kesusahan kerana kebenaran yang dibawa bersifat paradoks atau bertentangan dengan pemikiran orang yang tidak dapat menerimanya. Maka, hati kita perlu kental dalam mempertahankan kebenaran tersebut, kerana kita punya Allah SWT yang sentiasa menjaga kita. DIA sedang memerhati apakah kita sanggup untuk berkorban ke jalanNYA atau sekadar menjadi hambaNYA atas pada nama sahaja.
Teringat dalam satu prosa sastera Abul Itahiyyah, beliau menyatakan;
"Tabah dan kuatkan dirimu menghadapi musibah, ketahuilah bahawa manusia itu tidak kekal abadi.
Atau engkau tidak melihat bahawa musibah itu berlimpah, sementara kematian bagi seorang hamba selalu diintai.
Orang yang engkau lihat tidak pernah ditimpa musibah, bukanlah jalan hidup yang perlu engkau ikuti.
Jika engkau ingat musibah kematian Rasulullah SAW, jadikanlah musibahmu yang sesungguhnya adalah musibah kematian Rasulullah SAW."
Jika kita melihat musibah yang menimpa diri kita lebih sedih, sebenarnya ada lagi musibah yang menimpa saudara kita yang lain yang lebih dasyat dan menyedihkan. Maka, apabila ditimpa musibah ucaplah 'Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un' . Allah SWT punya rancangan yang lebih baik yang telah diaturkan untuk hambaNYA yang bersyukur dan sentiasa ingat padaNYA. Maka, bersyukurlah dalam setiap pemberian Allah SWT kepada kita sekalipun dalam bentuk musibah yang menimpa diri. Jadilah hamba yang bersyukur....Insya Allah..
Post a Comment