Nur Aizah
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum WBT...

Allah s.w.t berfirman: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padaNYA, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Surah al Isra', ayat 79)

Rasulullah s.a.w bersabda:"Waktu Allah paling dekat dengan hamba-Nya adalah pada pertengahan malam yang terakhir, jika kamu mampu untuk melakukan zikir mengingati Allah SWT (dan solat) pada saat itu maka lakukanlah." (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

1.Pandangan mata disejukkan

Firman Allah SWT:
"Perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa pada Tuhannya dengan rasa takut dan mengharap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka, iaitu (bermacam nikmat) yang menyedapkan(menyejukkan) pandangan mata sebagai balasan bagi apa yang sudah mereka kerjakan." (Surah As-Sajadah, ayat 16)

2.Mendapat darjat yang mulia

Firman Allah SWT:
"Pada sebahagian malam hari, bersembahyang Tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji."(Surah al-Isra', ayat 79)

3.Mendapat pahala seperti pahala sedekah secara sembunyi-sembunyi.

Menurut Abdullah bin Mas'ud, baginda berkata yang bermaksud: "Keutamaan solat sunat pada waktu malam, (jika) dibandingkan dengan solat sunat pada waktu siang adalah seperti sedekah secara sembunyi-sembunyi dan sedekah secara terang-terangan."(Riwayat oleh Thabrani)

Sabda Nabi Muhammad SAW : Terdapat tujuh orang yang akan diberikan naungan oleh Allah SWT, pada saat itu tidak ada naungan kecuali Allah SWT. Mereka adalah pemimpin yang adil, orang yang rajin beribadah kepada Allah SWT,orang hatinya terpaut pada masjid (selalu berjemaah), dua orang yang saling mengasihi dan mencintai kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT, dan seorang lelaki yang digoda wanita kaya kemudian lelaki itu berkata, ; "Aku takut pada Allah SWT," dan orang yang bersedekah kemudian dia merahsiakan(sembunyi-sembunyi), ibarat apa yang disedekahkan oleh tangan kanan tidak diketahui oleh tangan kirinya sendiri, dan orang yang menyendiri (zikir dan tafakur) hingga air matanya berlinangan." (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)

4.Bukti kemenangan melawan syaitan

Rasulullah SAW bersabda: "Syaitan mengikat bahu salah seorang antara kamu ketika tidur dengan tiga ikatan. Dan setiap ikatan tersebut diperkuatkan dengan ungkapan (syaitan), "Malam masih panjang, tidurlah".' Jika dia bangun, lalu mengingati Allah SWT maka satu ikatan akan terlerai. Jika dia berwuduk maka satu ikatan lain akan terlerai. Dan jika dia melaksanakan solat, maka semua ikatan akan terlerai. Akhirnya dia menjadi segar dengan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka dia akan bangun dengan jiwa yang kotor, yang diliputi rasa malas. "(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a)

5.Solat sunat yang paling utama selepas solat fardhu

Rasulullah SAW bersabda: "Puasa yang paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa sunat pada bulan Muharram, dan solat paling utama selepas solat fadhu adalah solat sunat pada waktu malam (Tahajud dan Witir)." (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

6. Mendapat bilik istimewa di syurga

Sabda Rasulullah SAW: "Di syurga kelak terdapat bilik yang (bahagian) dalamnya terlihat dari luar dan bahagian dalam terlihat ke (dari) luar (lutsinar), kemudian, Abu Musa al Asy'ari bertanya untuk siapakah bilik itu, wahai Rasulullah SAW? Baginda menjawab, untuk orang yang lembut dalam bicaranya (tidak menyakiti orang lain), orang yang suka memberi makan orang miskin, dan orang yang bangun beribadah pada Allah di saat manusia sedang terlelap dalam perbaringan." (Diriwayatkan oleh Ahmad)




7. Wajahnya kelihatan tampan

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang banyak menunaikan solat malam maka wajahnya akan kelihatan tampan pada waktu siang." (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
8. Waktu mustajab pada waktu malam.

9. Allah mengagumi orang yang bangun solat pada waktu malam.

10.Mendapat rahmat daripada Allah SWT.

11.Wahana penghapus dosa.

12.Ditulis sebagai golongan yang ingat kepada Allah SWT.

13.Dicintai oleh Allah SWT.

Daripada Abdullah bin Mas'ud dalam hadis marfu'nya berkata yang bermaksud:

"Tiga orang yang dicintai Allah SWT, orang yang solat malam dan kemudian membaca al Quran dan orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi, seolah tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya, dan lelaki yang berperang ketika kawan-kawannya melarikan diri, dia maju ke depan menuju ke medan pertempuran." (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

14.Waktu yang paling dekat dengan Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW: "Waktu yang Allah paling dekat dengan hambaNya adalah pada pertengahan malam yang terakhir, jika kamu mampu melakukan zikir mengingati Allah SWT (dan sembahyang) pada saat itu, maka lakukanlah." (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

15. Menunjukkan bahawa kita adalah hamba yang bersyukur.

16.Memenuhi panggilan Allah SWT.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Setiap malam yakni ketika masuk waktu sepertiga malam yang pertama, Tuhan turun ke langit dunia dan berkata 'Aku Raja, Aku Raja, sesiapa yang memohon kepadaKU, maka Aku kabulkan permohonannya, sesiapa yang meminta sesuatu padaKU, maka Aku beri, sesiapa yang memohon ampun padaKU, maka Aku ampunkan, dan itu terus terjadi hingga pagi terang (selepas imam selesai bersolat)." (Diriwayatkan oleh Muslim)

0 Responses

Post a Comment