Nur Aizah
Bismillahirrahmanirrahim...

"Kubur"!!liang lahad!! gelap!! ulat!! kala jengking!!Ku dihimpit!!SAKIIIITTT!! Ya Allah!! Kembalikan aku ke dunia!! Aku mahu buat lebih kebajikan di atas sana!! Na'uzubillah, Subhanallah,Allahuakbar...Apakah diriku jua dirimu masih belum terlambat untuk bertaubat..Ya..selagi nafas ini masih dapat menyedut udara, selagi jantung melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suis yang menghidupkan dan mematikan suatu jasad masih belum terlambat bagi kita untuk bertaubat. Menggeletar jari jua tubuh ini saat jariku pantas menaip setiap baris kata yang tergambar dalam fikiranku.
Melayari kisah pada zaman Rasulullah s.a.w, seorang wanita muda datang kepada Siti Aisyah seraya berkata "Wahai Ibu, apa sebenarnya ubat hati yang membatu?" Siti Aisyah menjawab: "Ubatnya adalah, perbanyakkan mengingati mati". Si wanita itu melakukan hal tersebut, terbukti dapat menghancurkan kekerasan hatinya. Dia berterima kasih atas nasihat Siti Aisyah r"anha itu.
Manakala dalam hadith Abi Al Hajaj r.a mengatakan bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Ketika mayat itu diletakkan di dalam kubur, maka kubur itu berkata sambil mengeluh "Aduhai anak Adam. Apakah engkau tidak tahu bahawa aku ini fitnah, rumah gelap, rumah sempit dan dinding, rumah cacing? Apakah engkau tidak menduga ketika lalu di atasku?Kalau sekiranya mayat hamba yang soleh, maka dia akan menjawab dengan baik. Kata kubur lagi: Apakah engkau mengerjakan amar makruf, nahil mungkar? Aku mengubah tubuhmu menjadi rumput hijau, membuat jasadmu menjadi nur, dan menaikkan rohmu kehadrat Allah s.w.t.



Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Sesungguhnya kematian sedang mengekori kita dari belakang, sebab dan musabab yang akan berlaku menjadi penyebab bagi kematian suatu insan. Malaikat izrail sentiasa setia pada perintah Allah Yang Maha Esa akan mencabut nyawa setiap insan tanpa dikira berkurang atau bertambahnya masa, tidak juga dikira pangkat jua keturunan. Apabila sampai masa yang dipinjamkan Allah kepada hambaNYA, maka dia akan mencabut nyawa itu untuk disimpan di suatu tempat dan akan dibangkitkan pada hari kebangkitan kelak. TIDAK GENTARKAH KITA PADA ISTILAH YANG BERNAMA KEMATIAN!!PENYEKSAAN!! PERTANYAAN DARI MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR!! Astaghfirullahal a'zim...astaghfirullahal a'zim..berapa banyak dosa yang aku lakukan, apakah timbangan al-mizan untuk amal kebaikanku cukup untuk membawaku ke syurga..apakah amalan itu dapat membantuku..namun, terlalu banyak kejahatan yang aku lakukan..apakah semua itu akan terjadi...
Subhanallah, kasih sayang Allah terhadap kita amatlah luas, selagi kita tidak menduakan Allah s.w.t Selagi itu pengampunan Allah terhadap hambaNYa masih terbuka luas. Sedangkan pembunuh 99 jiwa masih diampunkan Allah andai dia benar-benar bertaubat, iaitu taubat nasuha dan tidak akan mengulangi perbuatan itu ...Yang penting kita mengingati dan sentiasa memohon keampunan dariNYA..Dalam sahih Bukhary dan Muslim dicantumkan sebuah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Siapa yang ingin berjumpa kepada Allah, maka Allah pun ingin berjumpa dengannya. Tetapi siapa yang tidak mahu berjumpa dengan Allah, maka Allah pun tidak mahu berjumpa dengannya."
Demikianlah takut dan gentarnya diri setiap insan apabila disebut tentang kematian. Lazimnya, orang buat-buat lupa tentang saat itu kerana fikirnya "aku masih muda, masih kuat, tiada apa yang akan membuatkan aku mati" TENYATA SEMUA ITU ADALAH BISIKAN SYAITAN LAKNATULLAH" yang memperdaya setiap hati anak cucu Nabi Adam a.s sejak dari dulu hingga sekarang, hati yang lemah pasti akan terjatuh dalam dakapan IBLIS yang menunggu sahaja jiwa yang akan menemaninya di neraka nanti...OLEH ITU,INGAT!!!!! Wahai muslimin juga muslimat termasuk diriku..persiapkan diri kamu dengan agama yang kuat semoga kamu dan aku terbendung dari segala fitnah dunia yang bisa merosakkan diri kamu kelak.INSYA ALLAH..


Rujukan

Abdul Shukur (2000) . Sakaratul Maut Dan Alam Kubur. Kuala Lumpur. Jasmin Enterprise.
Nur Aizah


"Ya Allah, berikanlah pelindungan buat seluruh umat ISLAM daripada ideologi jahat yahudi laknatullah..Bantulah hamba-hambaMU yang dianiaya mereka dengan kekuatan untuk menentang mereka, semoga ISLAM tertegak atas kemuliaan dan SEMOGA PALESTIN AKAN BEBAS DARIPADA golongan itu."AMIN..

Nur Aizah
Assalamualaikum w.b.t

Benarlah pada peribahasa Melayu ada menyebut tak kenal maka tak cinta. Pada hari akhir di sekolah tersebut hati saya bercampur dengan pelbagai rasa iaitu gembira kerana tugas saya di sekolah telah pun selesai. Namun, apabila terpandangkan wajah anak-anak di sekolah tersebut, entah mengapa hati ini menjadi sayu, berat rasanya untuk meninggalkan mereka. Mula terfikir adakah aku akan berjumpa dengan mereka semula. Sukar untuk dijawab pertanyaan tersebut. Kata-kata daripada mereka "Cikgu, lepas cikgu pergi kami mesti rindu kat cikgu". Allahuakbar, sudah mengalir rasa kasih sayang mereka pada diri ini. Begitulah, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.


Nur Aizah
Assalamualaikum w.b.t

"Soal Rasa memang tak boleh tipu"..Namun, keadaan berbeza andai kita sering merasa & terasa akan perbuatan orang pada kita..kadang kala ada logiknya tetapi pernahkah terdetik di hati untuk merasa pandangan dan perasaan orang lain pada tindakan yang kita lakukan. Sebelum meminta orang memahami dan menyelami perasaan kita, terlebih dahulu muhasabah lah diri, apakah perlu untuk merasa suatu perasaan yang sedemikian rupa. Akal adalah kompas yang memandu perasaan. Maka, eloklah kita berfkir sebelum bertindak. Kerana sekali tersalah, selamanya hati kan gundah.

*NASIHAT INI UNTUK DIRIKU JUA....


Nur Aizah
Usah menatap kenangan semalam,
Usah peduli ratapan sendu,
Usah memandang lambaian suram,
Usah tangisi rantaian pilu.

"Kerana semua bersifat sementara. Allah memberikan segala rasa untuk dimengerti supaya kita sedar dan berfikir pada setiap tindakan yang dilakukan perlu bertunjangkan akal yang rasional."




Setiap kegembiraan terselit kesedihan. Kesedihan yang menghantui bukan berpanjangan. Hanya lintasan angin yang berlalu pergi, supaya kita mengerti sebuah kenikmatan hidup dan menghargai sesuatu yang dimiliki. Jadilah insan yang bertunjangkan akal yang waras, lidah yang lembut bertutur kata-kata yang bernas, dan dilafazkan pada perbuatan yang penuh bersopan dan berbudi. Hidup manusia kerana budi, hilang budi hilanglah maruah. Berbudilah pada insan tanpa mengira pangkat, warna kulit, dan keturunan kerana manusia adalah sama di sisi Allah s.w.t. Hanya yang membezakannya adalah amalan kebaikan yang dilakukan di dunia fana ini. Jagalah tutur kata kerana lidah itu umpama besi tajam yang bersarung. Pastikan besi sentiasa bersarung dan dijaga rapi supaya tidak mencederakan orang lain. Maka, kita yang perlu bijak menggunakannya dalam situasi tertentu. Jika disalah guna pelbagai masalah mengundang diri.
Nur Aizah
Hari ini tak banyak yang dibuat di sekolah sebab sekolah sibuk mengadakan ujian. Saya hanya dapat mengumpul maklumat daripada guru, jadi tak boleh masuk kelas. Sudah la sendirian, maka bermulalah sesi yang membosankan Teringat pula kat kawan kawan yang wat kat sekolah di negeri lain . Sayang korang, huhu. Video ini khas ditujukan buat kawan-kawan..=)

Nur Aizah
Assalamualaikum w.b.t., pada hari ini bermulalah PBS( Pengalaman Berasaskan Sekolah) yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi bermula 7Mac sehingga 11 Mac 2010. Meskipun PBS dilakukan secarabersendirian, saya tetap gembira kerana disokong oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah berkenaan. Perasaan kekok dan sedikit gugup bertukar ceria setelah dapat berkenal-kenalan dengan para guru dan murid. Benarlah peribahasa Melayu 'tak kenal maka tak cinta'.
Seawal 7.20pagi saya ke sekolah berkenaan untuk melapor diri, suasana yang agak suram diseliputi kabus menambahkan kerisauan di hati saya untuk meneruskan hasrat. Namun, hal itu bukan menjadi penghalang untuk berpatah balik. Seperti biasa saya ke pejabat untuk melapor diri sebagai guru pelatih. Terlebih dahulu, saya memperkenalkan diri kepada bahagian pentadbiran iaitu guru besar akan kehadiran dan tujuan saya berada di sekolah berkenaan. Guru besar dan kakitangan sekolah sangat peramah dan melayan saya dengan penuh mesra. Mereka sentiasa memberikan bantuan dan bertanyakan saya tentang maklumat yang saya ingin peroleh ketika di sekolah.
Aktiviti di sekolah pada mingu tersebut adalah sambutan Maulidul Rasul, keesokannya dan hari Selasa serta Rabu ujian bulanan akan diadakan dan diikuti dengan hari Khamis Sukan Peringkat Sekolah yang berlangsung selama 2 hari iaitu hari Rabu dan Khamis. Saya mula berfikir bagaimana saya ingin mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran guru kerana dalam masa seminggu tersebut guru sibuk menguruskan aktiviti kurikulum dan kokurikulum sekolah. Walau bagaimanapun, saya akan cuba mendapatkan maklumat tambahan daripada mentor berkaitan tugasan yang perlu dilakukan sekalipun tidak berpeluang untuk melihat pnp guru di dalam kelas 'jika tiada rotan akar pun berguna juga'.
Kemudian, selesai melapor diri saya mengikuti perarakan Maulidul Rasul yang melibatkan semua guru dan murid. Mereka berarak di kawasan berdekatan dengan sekolah. Guru yang terlibat menganjurkan aktiviti tersebut memberi taklimat kepada murid akan laluan yang akan dilalui sepanjang perarakan, seterusnya ucapan ringkas daripada Guru besar yang menyarankan agar para murid menghayati perarakan tersebut dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Saya perhatikan para murid begitu teruja untuk melakukan aktiviti tersebut. Mereka berpakaian begitu indah sekali seakan-akan pakaian di pagi Hari Raya. Begitulah keceriaan dan keterujaan mereka untuk menyertai perarakan pada hari tersebut.
Setelah selesai perarakan, pihak penganjur mengadakan pertandingan mewarna bagi pra sekolah dan pertandingan melukis khat bagi tahap 1 dan tahap 2. Mereka mewarna dan menulis dengan sebaik mungkin. Saya dan guru lain hanya memberi tunjuk ajar kepada murid sambil memberi panduan yang betul semasa menulis dan mewarna. Selesai pertandingan tersebut, murid-murid berehat sebentar dan acara disambung semula dengan kuiz untuk murid kelas KAFA.Murid yang menyertai kuiz sentiasa disokong oleh rakan-rakan bagi memberi semangat untuk mereka. Sememangnya suasana sedemikian yang perlu diwujudkan dalam suatu pertandingan.
Sambutan Maulidul Rasul berakhir pada pukul 1.15ptg. Aktiviti yang berlangsung di sekolah sepanjang hari tersebut memberikan saya pelbagai input yang sangat berguna, terutama sekali dari segi pengurusan majlis dan sebagainya. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh pada hari tersebut akan menjadi panduan kepada saya pada hari yang mendatang dalam meniti hidup sebagai insan yang bergelar 'cikgu'.