Nur Aizah

Bahagian 1

Kelam senja menyusur malam, raut langit mulai berkerut dengan garisan kehitaman. Kedengaran suara muazzin melaungkan kalimah suci. 

"Tutup televisyen tu, pergi mandi dan solat," kata Si Ibu.

    Pin tidak mempedulikan ibunya. Matanya masih kekal di kaca televisyen. Ibu Yom lantas menutup suis dan memberi isyarat tangan supaya anaknya segera melaksanakan arahannya tadi.

    Pin tidak berkata apa-apa. Sekadar menurut dalam paksa. Mengomel? Mungkin hanya dalam hatinya.

    Selesai solat, Ibu Yom menyediakan makan malam seperti biasa untuk keluarga. Menu malam ini ada sedikit istimewa kerana ada ikan keli masak lemak cili padi kegemaran suaminya. Teringat kisah cinta dengan suaminya dulu, ibu Yom tersenyum sendirian. Suaminya baik dan kelakar. Walaupun kehidupan mereka tidaklah kaya hanya sekadar cukup makan namun, dia sangat bahagia hingga ke saat ini bersama keluarganya. Nasi dicedokkan ke dalam bekas, diletakkan di atas meja. Aroma nasi beras wangi menusuk ke hidung.

Ibu Yom memandang ke arah jam dinding. 

"Dah pukul 7.45 malam. Biasanya dah sampai rumah", kata Ibu Yom sendirian.

    Dia menyambung kerjanya di dapur dengan mencuci piring, pinggan dan peralatan memasak tadi.

"Tok....tokk...," bunyi ketukan pada pintu.


BERSAMBUNG......




0 Responses

Post a Comment