Nur Aizah
Karya: Nur Aizah

Sungguh terasa,
Bila lidah tidak bermata,
Melempar bisa,
Membabi buta.

Biarlahku terasa,
Kumengadu pada Yang Maha Esa,
Dia tahu apa yang berlaku.

Kamu,
Fikirlah berjuta,
Tentang hati,
Tentang jiwa,
Lidah itu tajam,
MELEBIHI mata pedang.

Jika tetap mahu,
Mguriskan hati,
Siatlah dulu lidahmu,
Agar kau tahu makna pedih dan sakit,
Agar kau tahu erti bahasa.
Nur Aizah
Rindu
Karya: Nur Aizah

Rindu,
Wajah kian menyepi,
Terasa makin menjauh,
Di sudut hati,
Melonjak mahu kembali,
Moga diberi waktu bersama lagi.


Rindu,
Ku akan kembali,
Bersamamu lagi,
Membilang waktu,
Moga masa beranjak pergi.


Rindu,
Tersangat rindu,
Pada suara,
Redup wajahmu,
Sentuhanmu,
Teguranmu.

Mereka sentiasa dalam doaku,
Moga ku diberi kesempatan waktu,
Nikmat ayahanda dan bonda,
Yang tiada galang gantinya.


Nur Aizah
Assalamualaikum,

Hampir lima tahun aku meninggalkan ruangan ini.Agak bersawang dan berdebu.Aku mahu sambung berkarya lagi.😊