I made this widget at MyFlashFetish.com.

Nur Aizah
Karya: Nur Aizah binti Ramli

Denai kulalui meredah belantara,
Penuh berliku namun kugagahkan jua,
Untuk kutemui kuntuman kasih,
Di balik rimbunan pohon kenangan,
Namun, kembaranya terlalu jauh,
Membawa aku ke daerah sana,
Mencari diri di air nan keruh,
Tidak kulihat bayangmu sayang,
Namun kurasa jiwamu itu,
Sungguh kuyakin diri kau hadir,
Tika benih cinta yang kusemai,
Menjadi kudup rindu ,
Yang akan mekar berkembang,
Pabila mentari  terbit menyapa alam.

Nur Aizah



Karya: Nur Aizah binti Ramli



Semalam,
Tubuh ini dibelai manja,
Terasa lembut sentuhannya,
Dahiku dikucup dengan penuh rasa.

Semalam,
Insan yang pertama kucinta,
Menjaga aku tanpa ganjaran berganda,
Dari kecil hingga dewasa,
Ku rindu pada senyumannya,
Ku ingin senantiasa bersamanya,

Semalam,
dia menjauh pergi,
Jasadnya tiada disisi,
Hanya kenangan menyalut sepi,
Dirinya tiada galang ganti,
Hanya satu di dunia ini,
Dalam doa kumohon agar dia dirahmati,
Moga kutemu  di syurga nanti.


Nur Aizah
 Karya: Nur Aizah binti Ramli


  "Dania cepat bangun cu, cepat! cepat!" nenek Seroja mengejutkan Dania yang nyenyak tidur.
  "Kenapa nek, apa yang berlaku? tanya Dania sambil menggenyehkan matanya.
  "Kita kena lari selamatkan diri, kampung kita telah diserang musuh , Dania akan faham nanti, mari kita keluar dari pintu ikut pintu belakang barangkali mereka tidak dapat mengesan kita", jelas nenek yang cemas melalui detik itu.
  Dania yang masih kebingungan dengan situasi yang berlaku menurut sahaja apa yang dikatakan nenek. Kedengaran di luar sana bunyi bising seperti orang tengah bergaduh, anak-anak menjerit ketakutan, rintihan demi rintihan mula bertandang di telinga Dania. Pintu belakang dikuak perlahan, bimbang jika pergerakan mereka dapat dikesan. Nenek memegang erat tangan Dania, dia merasakan suatu perasaan kasih yang sudah lama bertaut antara mereka. Apakah sebelum ini dia pernah mengenali nenek Seroja? Apakah jua perasaan ini yang lahir pada dirinya kerana tidak lagi mempunyai nenek? Ibu sebelah mak dan ayah Dania telah tiada, Dania tidak sempat merasa kasih sayang pada seorang nenek. Mereka berjalan perlahan-lahan ke dalam hutan berhampiran. Dania teringat pada sesuatu lalu berpatah semula ke arah perkampungan.
   "Dania nak ke mana tu, mari sini ikut nenek, nanti musuh akan nampak kita", tegas nenek.
   "Dania nak pergi tengok kak Melati, dia mesti dalam kesusahan tu", jawab Dania.
  "Tak Dania, jangan pergi, bahaya, Melati tau nak jaga diri, kan suaminya ada di sampingnya, Dania.. keadaan sekarang terlalu bahaya, Dania masih belum tahu betapa kejamnya musuh kita, sesiapa yang dijumpanya takkan ada peluang untuk hidup, mari sini ikut nenek", jelas nenek. Dania seakan-akan berbelah bahagi untuk memilih keadaan yang mana  patut dia ikut. Nenek pantas memegang tangan Dania dan ditarik masuk sembunyi di balik perigi. Dania terkejut dengan keadaan itu hanya mendiamkan diri.
   "Sssyyhhh...dia datang", nenek memeluk erat tubuh Dania. Dia mengisyaratkan jari telunjuk di bibir agar Dania tidak membuat sebarang bunyi  yang mendatangkan curiga pada musuh. Kedengaran derapan kaki melintasi di hadapan perigi. Nenek Seroja kini menggigil ketakutan, Dania masih kehairanan, siapa mereka?Mengapa nenek begitu takut pada mereka?. Agak lama mereka bersembunyi di situ, terdengar perbualan antara musuh yang menyerang kampung mereka".
   "Jalak, kau dah jumpa ke?"
  "Tak, aku belum jumpa apa-apa lagi, entah mana tempatnya disorokkan, habis setiap rumah digeledah, penduduk kat sini puas disuruh untuk beritahu, tapi degil....aku bunuh semuanya, hahahhahaha..baru padan muka." gelak Jalak tanda puas melakukan perbuatan itu. 
 Dania dan nenek yang bersembunyi di balik perigi menggigil ketakutan. Sungguh kejam, tiada perikemanusiaan, apakah mereka ini syaitan yang menyerupai wajah manusia. Setelah dua ekor syaitan tadi berlalu pergi, nenek dan Dania memberanikan diri keluar dari tempat persembunyian  menuju ke dalam hutan. Gerak mereka diatur dengan perlahan-lahan dan penuh berhati-hati, jika tersilap langkah boleh membuatkan musuh tersedar. Gelap malam itu menyukarkan pandangan mereka untuk bergerak hanya deria rasa dan naluri di hati membawa mereka melalui denai-denai yang berliku. 
  "KKKraaakk!!!", bunyi ranting yang dipijak. Dania dan nenek masing-masing berpandangan sesama sendiri. Kali ini mereka berlari sekuat hati untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh musuh. 
   "Hoiiii.......siapa tu?!!!" suara garau yang menakutkan bersuara. Serentak itu, kedengaran beberapa derapan tapak kaki menyusul masuk ke dalam hutan
  Pada waktu ini, Dania mampu mengikut nenek yang membawanya, pada firasatnya nenek tahu ke mana tempat yang selamat untuk mereka menyembunyikan diri kerana nenek begitu arif pada jalan-jalan yang dilalui,bahkan tiada satu pun persimpangan yang membuatkannya ragu-ragu untuk dipiilih. Namun, kudrat tuanya tidak mampu digagahkan lagi, nenek benar-benar kepenatan, tercungap-cungap menarik dan menghembus nafas. Dania mulai cemas pabila nenek terduduk kerana kekejangan pada kakinya, dia cuba memapah nenek tapi nenek langsung tidak berdaya. 
  "Dania cepat lari, jangan hiraukan  nek, nek dah tak mampu nak jalan lagi",kata nenek yang lesu memandang Dania.
   "Tak boleh begitu nek, Dania sesekali tak akan tinggalkan nek sorang sorang kat sini, tak pe susah senang kita bersama, Dania tunggu nenek kat sini", jawab Dania sambil mengusap-usap wajah nenek.
   "Dania masih belum faham apa yang berlaku, kat sini Dania kena pilih jalan yang terbaik untuk diri Dania, nenek dah tua tak lama untuk hidup, tapi Dania masih muda dan ada masa hadapan, nenek ......", keadaan nenek kini kian tenat, dia terbatuk-batuk sambil memuntahkan darah yang pekat.
  "Nenek....., kenapa ni?" Dania resah. Situasi kini makin meruncing,  musuh sudah hampir dengan kedudukan mereka. Pergerakan mereka senyap, namun dapat dirasakan oleh hati kecil Dania.
   " Masa dah suntuk Dania, ada sesuatu yang nenek minta kamu jaga dan ini adalah amanat terakhir nenek", 
 "Apa yang nek cakapkan ni?Nenek takkan pergi mana-mana, kita akan selamat" jawab Dania sambil mengangis teresak-esak meyakinkan nenek.
   "Ambil bungkusan ni, dan bawa pergi jauh dari sini, jangan sampai jatuh ke tangan orang lain, Dania satu-satunya harapan nenek, walaupun nenek baru saja kenal Dania tapi nenek yakin Dania boleh lakukannya", nenek mengeluarkan bungkusan yang dibawa bersama tadi. Dania pun tidak perasan bahawa nenek ada membawanya ketika melarikan diri tadi. 
    "Pergilah cu, lari sekuat hati, Nek tahu kamu sayangkan nenek, nenek juga begitu dan sebab itu Dania perlu lakukannya untuk nenek, sudah... cepat pergi mereka sudah hampir", nenek mengalungkan sesuatu pada Dania, dia mencium dahi dan memeluk Dania buat kali terakhir. Dania masih tidak bergerak seperti tidak mahu meninggalkan nenek sendirian.
     "Tolong Dania, nenek tidak akan memaafkan Dania seumur hidup andai Dania tidak menurut kata nenek", Dania terkejut sambil air mata terus berlinang, dia tersentak dengan kata-kata nenek. Dania terus salam dan mengucup dahi nenek. Dia berlari meninggalkan nenek tanpa menoleh lagi, tidak tertahan rasa sebak di hatinya, baru berjumpa sudah berpisah. Lariannya semakin pantas apabila dia ingatkan kata-kata nenek. Dia akan terus berlari sampai dirinya tidak mampu lagi berdiri.
     "Allahuakbar!!!!!!!!!" Kedengaran jeritan suara perempuan yang sedang kesakitan memukul gegendang telinganya. Dania teringatkan nenek yang ditinggalkan.
   "Nenek.........maafkan Dania", rintih Dania. Dia kini tidak boleh berpatah semula ke tempat nenek. Nalurinya kini merasakan bahawa dia kini dalam bahaya, diburu oleh sekumpulan manusia yang dahagakan pada darah dan tubuhnya. Air mata kini kering di pipi, dia perlu kuat untuk nenek. Dari laluan denai dia melalui anak sungai yang mengalir perlahan, hari beransur siang  tekak yang dahaga dibasahkan seketika menghilangkan letih yang mencengkam. Dirasakan bahawa semangat jahat itu tidak dapat menemuinya, Wajahnya dibersihkan dengan kesejukan air sungai yang jernih, dalam kejernihan air itu baru dia perasan bahawa ada sesuatu dilehernya.
 "Rantai?Nenek kalungkan rantai ni? Loket biru? Ya Allah, apa maksud semua ini. Dia melihat pada bungkusan kuning yang dibawanya. Dania merehatkan diri di bawah pohon sambil tangannya membuka bungkusan tersebut. Sebuah buku tercatat tulisan jawi pada kulit hadapan.
   "Salasilah berantai?, em..apa maksudnya?" tanya Dania sendirian. Diamati pada setiap helaian kertas tertulis tulisan jawi. Dia mula membaca bermula dari helaian pertama. Tiada baris pun yang tertinggal dari pembacaannya. Dania benar-benar ingin mengetahui keadaan yang sebenarnya. Dia membaca sambil mengangguk seolah-olah faham dan dapat mengaitkan dengan apa yang berlaku. Buku catatan yang setebal lebih kurang 300 helai diteliti, sambil menguntum senyuman yang menguntai sejuta makna, kadang kala disertai dengan wajah yang berkerut.
  "Oh begitu keadaannya, nenek tadi adalah permaisuri kerajaan Inderawasih yang dibuang negeri kerana pernah mencemar duli turun ke perkampungan tanpa izin baginda sultan. Maka, dibuang daerah sehingga ke kampung ni. Maksudnya, yang memburunya  adalah hulubalang dari istana Inderawasih. Kerajaan yang begitu kejam, bukan membela nasib rakyat tetapi mengeksploitasi sumber menggunakan tenaga rakyat.", faham Dania pada keadaan tersebut. 
   "Tapi sekarang ke mana harus aku pergi, aku dah jauh tersesat di dalam hutan, manalah aku tahu jalan pulang", keluh Dania. Dia memandang batu batu di dalam air.
    "Eh, ini hulu sungai kan. Jika aku terus melalui sepanjang sungai ni, pasti aku akan temui jalan pulang", Dania tersenyum. Sepanjang hari dia berjalan meniti di tepi sungai. Perasaan takutnya kini telah beransur hilang, apa yang difikirkan adalah keluar dari kawasan itu sebelum malam menjelang semula. Dia juga khuatir andai dia masih dalam buruan. Perutnya kini berkeroncong lapar minta diisi, tapi tiada apa yang boleh dimakan selain pucuk-pucuk kayu yang boleh menjadi alas perutnya.
  "Zassss....aduh!!!" Dania merasakan sesuatu yang tajam telah menikam betisnya. Rupanya anak panah sepanjang hampir setengah meter mengena padanya. Sakitnya bukan kepalang, darah mula mengalir. Dania mula cemas, dia tahu bahawa musuh sedang memerhatikannya. Dia terus membawa diri ke dalam hutan. Langkahnya kini perlahan, kerana luka yang menimpa diri. Digagahkan diri untuk berlari, darah menitis mengenai dedauan hijau yang kadangkala menyekat laluannya. Perit bagi Dania menahan kesakitan. Dia sudah tidak mampu pergi lebih jauh, maka dia perlu bersembunyi di kawasan sekitar, tetapi di mana?. 
   "Ha....mana kau nak lari?!!", terkejut Dania pabila melihat sesusuk tubuh yang tegap dan berwajah bengis dihadapannya.
    "Apa kau nak dari aku?!", jerit Dania yang memberanikan diri untuk menyoal.
  "Serahkan pada aku...!!barang itu!!", lelaki itu menjawab pertanyaan Dania sambil melihat rantai yang dipakaikan pada Dania.
    "Ini yang kau nak, tak boleh!!! Nenek beri pada aku. Kalau kau nak langkah mayat aku dulu, "Dania semakin tidak gentar pada ancaman yang berlaku pabila dia berkata demikian.
    "Betul kau nak aku langkah mayat kau, ha...mari sini sayang.. hahaha", sindir lelaki tersebut. Dania menyedari dirinya dikepung beberapa lelaki. Kali ini Dania akur dan pasrah andai dia mati di situ, yang pasti jangan menyerah. Mereka semakin mendekati Dania dengan tombak dan keris di tangan. Dania mengucap kalimah syahadah berulang kali, dan tidak putus-putus membaca ayat kursi. Semua hulubalang tadi mengangkat tombak dan keris untuk menghunus tubuh Dania yang telah lemah tidak berdaya. Dania hanya mampu terduduk dan tidak mampu untuk melawan. Air mata menitis ke bumi, dia teringat pada wajah ibu ayah dan abangnya, wajah nenek turut bermain-main dalam bayangannya. Lantas, Dania memandang wajah semua penyangak tadi dengan pandangan yang berani dan meyakinkan bahawa dia mampu menepis segala serangan mereka. Penyangak-penyangak itu kehairanan dan membiarkan Dania berkelakuan sedemikian.  Dania menguatkan kaki lalu berdiri sambil melafazkan suatu perkataan yang mengejutkan semua hulubalang tadi.
   "Bismillahirrahmanirrahim...Al-Mutakabbir..Al-Mutakabbir..Al-Mutakabbir", kalimat itu diulang berkali-kali sampaikan musuh yang melihatnya mulai gentar. Mereka berundur ke belakang. Dania semakin yakin bahawa Allah SWT pasti akan membantu dirinya. Dia tahu di saat ini, hanya padaNYA dia berserah, tiada kekuatan yang dapat menandingi kuasaNYA, Allah Yang Satu. Bayangan Dania di hadapan musuh-musuh tadi lenyap, mereka terpinga-pinga mencari kelibat Dania, namun tidak kelihatan.
    "Huh...",Dania tercungap-cungap kepenatan.
   "Dania..Dania...Alhamdulillah,awak dah sedar" Rosli di sisi Dania sepanjang Dania tidak sedarkan diri. Di tangannya ada sebuah buku kecil seperti, surah Yasin. Rupanya Rosli setia menemaninya sambil mendoakan agar dia kembali pulih.
     "...Rosli, aku kat mana ni, mana musuh tadi?" Dania memegang kepalanya yang sakit.
    "Musuh?Siapa musuh kau? Em, tak kisahlah, aku sangat bersyukur kau dah sedar Dania. Dah dua hari kau terlantar tak sedarkan diri di rumah Tok Batin", jelas Rosli.
    "Mana rantai tu dan bungkusan tu?", Dania bertanya kepada Rosli.
    "Em, maaf Dania, sepanjang kau tak sedarkan diri aku dan Tok Batin cuba untuk cari tapi  tak dapat  ditemukan, aku pasrah Dania, kita dah sehabis daya berusaha.. ta...." ,Rosli tunduk memandang ke lantai.
   "Tak mengapa Rosli, itu sudah cukup, mungkin ada hikmah di sebaliknya, esok kita balik ya..aku dah mula rindu pada keluarga aku, "pintas Dania pada kata-kata Rosli.
   "Ya Dania," Rosli sangat senang hati apabila melihat Dania kembali tenang dan tidak memikirkan hal rantai itu lagi.
    Petang itu, Dania meluangkan masa bersama Rosli dan keluarga Tok Batin, Dania berbual menceritakan kisah yang dialami. 
    "Dania, memang itulah keadaan yang berlaku kepada moyang kami sebelum wujud kami di dunia ni", jelas Tok Batin.
   Dania terkejut, rupanya kampung yang dia pergi ketika bermimpi adalah Kampung Merapuh. Segala-galanya berkaitan. Cerita yang dilalui kini dalam kenangan, Dania dan Rosli kembali mengemas barang-barang dan dimuatkan ke dalam kereta. Mereka mengucapkan terima kasih kepada keluarga Tok Batin yang melayan mereka dengan baik begitu juga dengan penduduk kampung. 
   "Kali ni biar aku yang pandu,"kata Rosli kepada Dania. Enjin kereta dihidupkan. Mereka melambai pada penduduk di situ. Berat rasanya hati untuk meninggalkan mereka, rasa kasih sudah bertaut. Namun, mereka perlu pulang ke tempat asal kerana di sana ada yang memerlukan diri mereka. 
   "Rosli kau dah periksa semua barang ? Semua dah dibawa? Jangan ada yang tertinggal pula.",soal Dania.
  "Dah, kau tengok kat tempat duduk belakang tu, penuh dengan barang , mestilah tak der yang tertinggal", Dania melihat di tempat duduk belakang sambil tersenyum, betul kata Rosli semuanya tersusun elok tapi di suatu sudut ada sesuatu yang menarik perhatian Dania.
   "Rosli kau berhenti kejap", pinta Dania.
   "Kenapa Dania?"soal Rosli.
    "Berhenti je la", Dania bernada tegas. 
   Kelihatan ada bungkusan kuning seperti yang pernah dilihat Dania tika dia tidak sedarkan diri dulu. Dia menggapai bungkusan yang letaknya disudut tempat duduk belakang Rosli. Dibukanya perlahan-lahan. Alangkah terkejut pabila melihat barang di dalam bungkusan itu lalu Rosli dan Dania berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.
    "Alhamdulillah"
   

  
     
   
   
      
    
    
    
   
     
Nur Aizah
 Karya: Nur Aizah binti Ramli


"Dah teruk semangat budak ni, dah jauh dia pergi susah nak bawa balik", jelas Tok Batin.

  "Habis macamana ni Tok, Dania  macam mayat hidup,dah seharian tidur tak bangun-bangun ", tanya Rosli yang benar-benar cemas pada keadaan yang menimpa sahabatnya.
 "Tok boleh ubatkan tapi kau kena tolong tok, kisah silam Dania menuntut Dania untuk balik semula ke tempat asalnya, di sana bergantung sepenuhnya pada pendirian dan keyakinan dirinya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, Tok Batin menerangkan dengan bersusah payah seolah-olah sedang melihat sesuatu yang telah  berlaku pada Dania.
  "Kisah silam?", Rosli kebingungan menerima jawapan daripada Tok Batin.

 **********************************

    "Jauh aku tersesat ni, mana aku nak pergi, aku memang tak pandai selok belok dalam hutan ni", Dania mengeluh sendirian. Kaki yang kelenguhan dan sakit akibat terkena duri di sepanjang jalan tidak terasa , sebaliknya menurut sahaja kaki untuk melangkah. Semakin jauh Dania berjalan, semakin dia menjadi lebih bertenaga, entah mengapa dia bisa merasakan keadaan sedemikian. Setelah sekian jauh berjalan sampailah dia  ke suatu perkampungan yang begitu meriah, barangkali ada majlis di sana. Tanpa berfikir panjang dia terus ke sana, mungkin di sana ada yang bisa membantunya mencari jalan pulang. Laluan denai diharungi, diperhatikan kawasan di sekitar sangat indah, bunga-bungaan terhias rapi di pintu gerbang, lalun berpasir sekali sekala mengusik jari jemari kaki Dania, namun dibiarkan sahaja, kerana hatinya sudah mula tertarik pada tempat itu. Rumah yang hanya berdindingkan buluh dan berbumbungkan atap nipah tampak kemas susunan dan aturannya, penduduknya berpakaian seperti zaman kesultanan Melayu Melaka abad ke 16.

"Masih ada yang pakai macam ni,aku ni tersesat kat perkampungan orang asli ke?",soal Dania sendirian. Di sebuah pohon meranti yang tinggi merendang ada dilihat tertampal satu tulisan yang ditulis pada kulit pokok, tulisannya seperti tulisan jawi, Dania mendekatkan diri pada pohon yang sebesar dua pemeluk itu. Dania meneliti setiap huruf yang ditulis dan membacanya perlahan-lahan.

"Maj....lis ke...syukuran sem...pena pernikahan Pan..dak dan Me...la..ti, semua dijemput hadir", Dania berfikir-fikir bahawa kemeriahan yang dilihatnya itu adalah majlis perkahwinan teruna dan dara. Dia tersenyum, kerana dia telah membaca bermaksud dia juga dijemput. Langkahnya menuju semula ke dalam kampung melalui pintu gerbang. Kedengaran pukulan gendang juga serunai menghidupkan majlis. Dania meninjau-ninjau di sekitar, dia mencari-cari pengantin baru, mahu juga dia melihat wajah dua mempelai itu. Di suatu sudut di tengah keramaian dapat dilihat seorang gadis terhias dengan baju kebaya dan bunga melur  terselit di rambut sambil mengukir senyuman, barangkali itulah pengantinnya. Manakala , si teruna tampak segak dengan tenggolok dan keris di pinggang. Mata dania kembali tertancap pada gadis yang dirasakan Melati yang duduk di atas singgahsana. Dania meneliti paras rupa Melati, wajahnya cantik, kulit yang licin,matanya yang bulat dan galak, pipi merah dan bibir bak delima merekah, meskipun kulitnya sawo matang, senyuman yang sentiasa terukir menambahkan keserian pada wajahnya, Namun, Dania terhenti seketika, matanya semakin membulat memerhatikan sesuatu.
   "Barang tu? Ada di sini? Em, seiras la dengan rantai yang patut aku cari tu, ha..dah jumpa. Tapi masih menjadi milik orang", Dania mula ligat berfikir mencari kaitan kalung yang perlu dicari dan yang dipakai oleh pengantin perempuan itu.
   "Cucu ni dari mana, kenapa duduk jauh dari majlis", tanya seorang nenek yang menyedari kehadiran Dania di situ.
   "Oh, saya dari bandar, ada kecelakaan di pertengahan jalan, nak cari jalan pulang tetapi tersesat sampai ke sini" Dania menyambut pertanyaan nenek itu dengan penuh sopan sambil bersalam dengannya. Nenek menjemputnya untuk menjamu selera pada jamuan yang telah disajikan. Wajah nenek tadi seperti pernah dilihatnya, namun dia tidak dapat mengingat bagaimana dia boleh berjumpa dengan nenek tersebut. Dania duduk di atas pondok yang tidak jauh dari persandingan, dilihat nenek merenjis air mawar pada pasangan raja sehari itu. Nenek tampak mesra dan kasih pada si dara, barangkali itu cucu ataupun anaknya yang berkahwin. Perut Dania mula berkeroncong, makanan yang telah terhidang di hadapannya disantap dengan perlahan-perlahan meskipun mahu sahaja dia melahapnya dengan gelojoh, namun khuatir pandangan penduduk pada dirinya. Majlis selesai  tika azan asar kedengaran. Dania tidak tahu untuk ke mana, dia mencari nenek , namun bayangnya langsung tidak kelihatan, mungkin juga nenek sibuk mengemas dan melayan tetamu. Dania tiada tempat berteduh yang lain, dia mahu menumpang tidur di sana. Dia bangun dan meninjau-ninjau di sekitar untuk bertemu nenek.
     "Dania dah nak pulang ke?", tanya nenek pada Dania. Dania terkejut dengan teguran nenek dari belakang, tahu saja nenek bahawa dia sedang mencari. Bagai disebut di dalam hati, kelibatnya pasti di depan mata.
    " Em, sebenarnya nenek saya tak tau hendak ke mana, jika nenek izinkan saya ingin menumpang tidur di sini sebentar...", belum pun sempat Dania menghabiskan bicaranya nenek menyampuk
     "Boleh saja,nenek sangat senang sekali jika Dania bisa menginap sehari dua di rumah nenek," jawab nenek dengan senyuman yang pada Dania mengukir seribu satu makna.
     Pelita dinyalakan, tingkap juga pintu ditutup segera kerana siang mahu berangkat pulang, memberi laluan pada sang malam bertandang singgah di alam. Selesai membersihkan diri, Dania mengenakan pakaian yang dipinjamkan nenek kepadanya.
   "Nenek tinggal seorang saja di sini", tanya Dania.
    "Sebelum ni nenek tinggal bersama cucu, tapi dia dah berkahwin jadi dia ikut suaminya, tinggallah nenek sendirian di sini", jelas Dania.
    "Oh macam tu, jadi Melati itu cucu nenek?", Dania berbalas semula tanya kepada Dania.
      "Ya, Melati cucu nenek", nenek menguntumkan senyuman pada Dania.
      Dania mengangguk apa yang dikatakan nenek, serba sedikit dia sudah tahu latar belakang nenek dan Melati. Malam itu mereka makan bersama. Dania dan nenek rancak berbual bagai sudah serasi.
     "Lupa pula Dania nak tanya, nenek nama apa ya?", tanya Dania.
      " Seroja, nama tu ibu nenek yang berikan",
     Dania menguak tingkap untuk mengambil angin malam sambil melihat bintang di langit yang berkelip padanya.
      "Dania, sudah malam begini tidak elok untuk mengambil angin malam lagipun...", nenek melarang Dania bagai ada yang masih Dania tidak ketahui.
      'Lagipun? Apa nenek...?", tanya Dania yang mahu tahu lebih lanjut.

  


Nur Aizah
 Karya: Nur Aizah binti Ramli


 "Dania nak pergi ke sana semula? Nak buat apa pergi ke sana lagi?," Mak Jah bertanya dengan nada yang agak keras.

   "Ikutkan hati, memang Dania tak mahu ke sana, tapi ni semua untuk kerja Dania. Barang yang Dania ambil dari sana ada yang tercicir jadi Dania perlu ke Kampung Merakah semula. Ibu jangan la risau Dania pergi berteman, dengan Rosli," pujuk Dania.
    Mak Jah hanya mendiamkan diri, wajahnya tegang kerana keputusan Dania untuk melakukan semula tugasannya di kampung tersebut.
   " Ayah, tolonglah, Dania kena pergi", Dania memandang ayahnya dengan penuh harapan agar ayah dapat mengubah pendirian ibu.
   "Dania nak pergi pukul berapa esok", tanya ayah.
    Dania tersenyum.
    Malam beransur kelam, bintang dilangit tampak berkelip,  pungguk mula menyahut pada bulan agar rindunya pada sang bulan dapat disampaikan. Seluruh isi rumah diam menyepi dibuai mimpi.

   *************************************
   "Rosli, kau ni cepatlah, apsal lambat sangat ni, aku pulak yang kena tunggu", keluh Dania.
    "Kau ni janganlah membebel, kejap..aku nak ambil barang dalam rumah", Rosli kelam kabut dek bebelan si Dania.
    Setelah semuanya selesai mereka pun berangkat menuju ke destinasi. Dalam perjalanan Rosli asyik tidur, Dania pula yang kena pandu kereta. 
    "Kalau dah ngantuk sampai macam ni, dah tak lain tak bukan, kes tengok bola la ni, Rosli...Rosli", kata Dania di dalam hati. 
    Perjalanan ke Kampung Merakah hanya mengambil masa 2 jam dari Lendu. Dania memandu sambil mendengar lagu yang diputarkan dari corong radio. Fikirannya melayang sambil melayan lagu "cinta terakhir" nyanyian Aiman. Sungguh mendayu, dan sedap didengar. Meskipun, Dania tak pernah bercinta tapi dia pernah jadi secret admire pada seseorang yang sangat berkenan di hatinya ketika menuntut di menara gading suatu ketika dahulu. Rabbani, pemuda yang pendiam tetapi geliga otaknya tika berhujah, membuatkan Dania tertarik pada Rabbani. Selepas  habis belajar, masing-masing membawa haluan dalam bidang tersendiri. Lelaki yang diminatinya   hilang entah ke mana, tapi baru-baru ni Dania dapat tahun Rabbani telah bernikah dengan seorang gadis dari Johor. Sejak dari itu, dia tutupkan saja hati pada sesiapa biarpun sekacak mana lelaki yang datang. 
   "GOLL!!!!GOLLL!!" ,jerit Rosli.
    "Astaghfirullahal a'zim, Rosli apa halnya kau ni, mengigau siang-siang hari, adoi..agak-agak la", Dania melatah sendirian.Rosli terus bangun dan buat muka tak bersalah, diam dan merenung sambil tersengih-sengih pada Dania.
    "Ha, ni apa pulak dok tersengih-sengih, dah buat salah tak reti nak mintak maaf ke?", sindiran Dania mengetuskan tawa Rosli.
    "Hehehe, salah ke aku buat camtu, kau terkejut ek, ok sorry..sorry, aku mimpi team aku menang tadi, maunye tak seronok, eh Dania, kita dah nak sampai ke", tanya Rosli.
    Dania memberikan isyarat ke sisi jalan, 
    "Kau keluar sekarang", wajah Dania seakan marah pada tindakan Rosli.
     "Eh, Dania apa hal kau ni, marah ke?", tanya Rosli.
     "Marah apa kebendanya, aku penat la,  kau pula yang drive,"jelas Dania.
     "La..aku ingatkan apa tadi", Rosli tergelak kecil dengan tindakan Dania.
    Terasa perjalanan hari ini lebih jauh dari yang sebelumnya, panas yang membahang membuatkan mereka rasa letih dan dahaga. Namun, segala bekalan minuman, makanan ringan dibawa supaya tidak kelaparan semasa memandu. Rosli memandu dengan diam, tak bersuara langsung. Itu yang pelik perangai si Rosli ni, dia boleh berjenaka di mana sahaja tetapi bila di jalan raya memang serius. Dalam fokus yang diberi sepanjang pemanduan, kereta yang dipandu tiba-tiba hilang kawalan.
     "Kenapa Rosli, apa yang tak kena?", Dania panik dengan keadaan itu.
     Stereng kereta diputar semahu-mahunya ke sisi jalan, namun agak pelik apabila stereng langsung tidak berfungsi, mereka menuju ke selekoh yang tajam. Dania tidak dapat menahan rasa cemas memegang pintu kereta  sementara Rosli masih berusaha membetulkan kedudukan kereta yang dipandu. Pohon di tepi jalan menjadi sasaran kepada mereka dari terjunam ke dalam jurang yang dalam. 
    "Aduh, sakitnya..." Dania tersedar dan memegang dahinya yang berdarah dek hantukan kuat. Dania melihat di sekitar, Rosli tidak sedarkan diri tersandar di kerusi pemandu.
     "Rosli..Rosli..Rosli", Dania menepuk-nepuk bahu Rosli. Namun, Rosli tidak menyahut panggilannya. Dania semakin gelisah kerana keadaan sekitar gelap, hanya cahaya bulan menjadi penemannya. Kenderaan mereka tersadai di dalam semak. Dania memberanikan diri keluar dari kereta untuk mencari bantuan. Telefon bimbit tidak berguna pada ketika itu, kerana tiada signal. Dania menapak kaki berhati-hati melalui jalan di dalan hutan. Cahaya dari telefon bimbit sedikit sebanyak membantunya mencari jalan. Desiran angin malam sejuk meresap ke dalam tulang, daun-daun kering berguguran mengenai wajah Dania.  Kedengaran bunyi cengkerik mengalunkan irama hutan , Dania yang keresahan berasa ada sahaja mata yang memerhatikan pergerakan di setiap penjuru.
      "Mana jalan ni, tak jumpa-jumpa lagi, pelik la..takkan kereta aku boleh melompat masuk sampai ke tengah hutan", soal Dania sendirian.
     Dania berhenti seketika menghilangkan penat, dia terdengar seakan-akan bunyi kereta, ini bermakna jalan dah tak jauh dari tempatnya berdiri. Dia pantas melangkah, dan benar dia telah menemukan jalan, mungkin ada harapan baginya untuk meminta bantuan. Puas dia menunggu di tepi jalan namun suluhan sebarang lampu kenderaan tidak dilihatnya. Di hujung jalan, kelihatan ada seseorang yang berjalan menuju ke arahnya. Dania masuk semula ke dalam hutan berlari menyembunyikan diri di balik semak. 
     "Siapa tu? Ei..takutnya", Dania duduk tersimpuh ketakutan, peluh membasahi tubuhnya. Dia diam dan tidak bergerak", dia mengintai sama ada lelaki itu mencarinya lagi. 
      " Aik, dah tak der? Pergi mana pulak? Takkan aku berhalusinasi pula? Entah-entah tu orang utan kot, hehe" sempat lagi Dania berjenaka sendirian.
      " Kalau macam ni, aku dah boleh keluar sesak juga nafas menyorok kat sini", Dania bangun lantas membetulkan diri yang terlekat dengan ranting dan daun daun kering.
     "Dania.....Dania....Aku nak kau ......darah kau", kedengaran suara garau dan bernafas deras di telinga Dania.
       Dania beranikan diri mengalihkan pandangannya pada lembaga itu,
     "Arghhhhhh!!!!!!!!", jeritan Dania kedengaran bergema di malam yang suram, percikan darah membasahi tanah, kedengaran bunyi koyakan daging yang rentap ditarik dan dilapah dengan lahapnya.


     
   
   

Nur Aizah
Karya: Nur Aizah binti Ramli


 Gelang, pinggan, mangkuk, juga keris dan tombak dibersihkan bagi menampakkan ketulenan kesenian zaman purba. Dania meneliti setiap inci ukiran yang terbentuk pada alat. Dia tertarik pada kehalusan ukiran seni yang terhias rapi pada keris. Pada firasat dan pengetahuannya , khazanah yang diperoleh itu sangatlah bernilai kepada sejarah tanah air. Gaya persembahan pada setiap alatan seakan-akan  ukiran abad ke 16 yang dimiliki oleh kerajaan Srivijaya. Hubungan Melaka dengan negara luar  dalam sektor perdagangan terserlah melalui barang dagangan yang diniagakan di pelabuhan. Selain itu, Melaka turut menjadi tempat persinggahan rakyat asing yang datang berkunjung. Tinggalan berharga ini perlu dilindungi supaya sejarahnya dipelihara.

    Pandangan Dania terhenti seketika kala melihat kilauan mata keris yang dicabut dari sarung, tidak semena-mena bayangan keris berlumur darah yang terhunus pada perut seorang wanita, keris itu dihunus dan dicabut oleh lembaga hitam yang tidak dapat dikenali wajahnya. Dia terus bertindak kejam menikam dada dua orang anak kecil tanpa belas kasihan, lembaga itu terus berjalan mencari sesuatu yang menjadi tujuannya berkelakuan sedemikian lalu terjumpa  anak kecil dalam buaian. Dia tersenyum lalu.....
   "Jangan!!!!!", jerit Dania. Dania tersedar dari lamunan dan kebingungan bagaimana dia boleh menjerit sedemikian. Rakan setugas yang berada berdekatan melihat Dania dengannya kehairanan.
   "Dania, kau kenapa ni? Tak sihat ke? Apsal kau jerit 'jangan'?", tanya Rosli yang berbadan gempal duduk memegang berus halus membersihkan tombak di hadapan Dania.
    Dania tidak menjawab seolah-olah masih leka memikirkan situasi yang berlaku. Dia berada dalam dunia yang lain, tidak menyedari langsung Rosli yang mendekatinya
    "Dania...Dania....Daniaa!!, jerit Rosli.
    "Huh...a..pa kau ta..nya?...a'ah ya ...aku..aku tak der apa apa...cuma kurang sihat sikit, maafkan aku ya", Dania menjawab dengan gugup. Dia meletakkan keris di atas meja dan keluar dari bilik itu ke tandas untuk menyegarkan diri, mungkin keletihannya sewaktu di Kampung Merapoh masih belum habis lagi sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan.
     "Apa maksud semua ni? Apsal balik je dari Kampung tu macam-macam yang berlaku pada aku. Aku ada ambil benda yang tak sepatutnya ke? Ish tak mungkinlah sebabnya aku dah minta izin dari penduduk kat situ sebelum nak ambil apa-apa.". Dania bermonolog sendirian. Dia berjalan menuruni anak tangga merasakan ada sesuatu yang mengekorinya. Bulu romanya kini kian berdiri tegak, seram sejuk dirasakan melalui laluan itu, entah dari mana angin yang datang membuatkan selendang yang dipakainya beralun ke kiri dan kanan. Terkumat-kamit bibirnya membaca ayat kursi, namun bunyi tapak kaku itu tidak juga berhenti. Serentak dengan itu bahunya ditempuh.
    "Argh, jangan ganggu aku, pergi," rintih Dania yang hampir menangis akibat ketakutan yang menghantui dirinya. Sememangnya Dania penakut orangnya meskipun gadis ini suka pada aktiviti yang lasak namun mentalnya sangatlah lemah.
   "Kenapa awak ni?", tanya lelaki yang mengekorinya tadi.
    "Awak siapa, kenapa awak ikut saya?", tanya Dania yang keresahan.
    " Oh, saya Fikri, dari bahagian Unit Pameran dan Pemasaran. Awak Dania kan?", jelas Fikri memperkenalkan diri.
     "Em, ya..Saya Dania. Ada apa awak cari saya? Tak boleh ke jumpa kat pejabat je, apsal sampai ikut saya ke sini", tanya Dania yang tidak puas hati dengan jawapan Fikri, Fikri pemuda yang berusia 30-an, memiliki susuk tubuh yang kurus dan tinggi, kacukan Cina dan Melayu menampakkan wajahnya yang kacak dan putih berseri.
   "Ada hal yang penting, itu yang sampai saya cari Cik Dania di sini, Rosli cakap Cik Dania baru je keluar, dia kata mungkin Cik Dania ke tandas, saya nampak ada gadis keluar dari tandas saya pasti awak Cik Dania, kuat saya menjerit panggil nama Cik Dania tapi awak tak toleh pun. Saya pun ekori Cik Dania sampai la Cik Dania sedar saya kat belakang", jelas Fikri dengan panjang lebar.
   "Oo ye ke, maaflah saya betul-betul tak sedar, ada apa awak cari saya?",tanya Dania.
    "Macamni.. bahagian kami dah periksa semua barang yang awak bawa balik dari Kampung Merapoh tu, apabila semakan dibuat ada satu barang yang tercicir dan tiada dalam simpanan, yang peliknya barang tu ada tertulis dalam senarai tetapi tiada pula di dalam kotak,em..kosong, tak der apa-apa",Fikri menjelaskan situasi yang berlaku
    "Hah? Barang....?Barang apa?, tanya Dania kehairanan.
    "Rantai, tertulis kat situ rantai dengan loket biru", Fikri mengatakan pada Dania.
     "Maksudnya sekarang ni Encik Fikri nak saya cari semula barang tu?, Dania dapat membaca fikiran Fikri.
     " Ya, itu tanggungjawab bahagian Cik Dania kan, jadi tak boleh dipersoalkan lagi, barang tu hilang dalam pemantauan Cik Dania dan pasukan, semestinya barang tu mesti ditemukan semula, ingat Cik Dania pameran tu lagi dua minggu, jika tak dapat kemungkinan besar jabatan Cik Dania akan dipantau oleh pihak atasan akibat kecuaian.
      Dania diam sambil memikirkan kedudukan sebenar barang itu berada ketika kerja carigali dilakukan. Memang bukan Dania yang menjumpai rantai tu,
     "Ha...mungkin Rosli ", sangka Dania.
     "Baiklah, saya akan berusaha mencarinya sampai dapat, minta maaf kerana menyusahkan pihak Encik Fikri", kata Dania dengan lemah.
     "Kalau macam tu saya undur diri dulu, assalamualaikum,"
      "Waalaikumussalam", jawab Dania perlahan.
     Dania kembali membetulkan diri dan menuju ke pejabat untuk menemui Rosli. Fikiran Dania kembali melayang pada rantai tu. Bagaimana boleh terlepas dari pandangannya, sedangkan dia cukup peka pada setiap barang yang dijumpai di tempat itu.
    " Rosli, aku nak cakap sikit,"Dania duduk di atas kerusi berhadapan dengan Rosli
    "Ya..cakaplah apa halnya?", Rosli sibuk menaip sesuatu di komputer ribanya.
     "Tadi Encik Fikri bahagian Pameran dan Pemasaran jumpa aku, dia cakap barang yang kita kutip waktu kat Kampung Merapoh ada yang hilang, katanya barang tu rantai, kau kan yang jumpa, em..kau ingat tak mana kau letak waktu kita kemaskan semuanya masuk ke dalam kereta?",tanya Dania yang mengharapkan kata 'ya' daripada Rosli.
    "Rantai? Aku yang jumpa? Em.........oh ya, baru aku ingat, rantai yang ada loket biru tu kan".puas Rosli mengerutkan dahinya untuk mengingat.
    " A'ah, betul la tu, mana kau letak ek?", Dania berbalas tanya.
    "Aku memang simpan kat tempat yang selamat dan aku utamakan barang tu dari yang lain,seingatnya aku letak dalam kereta dekat dengan aku pulak tu, sebabnya rantai tu cantik sangat, aku pun dah lupa bila sampai sini nak cek rantai tu ada ke tak? Jadi macamana sekarang?", Rosli resah jika mereka  perlu ke sana semula.
   "Tak lain tak bukan kau kena tolong aku pergi kat kampung tu semula, aku rasa tercicir barangkali", Dania tersenyum sinis pada Rosli.
    "Kau biar betul Dania, nak pergi kampung tu punya la susah, yakin ke rantai tu ada kat sana?",tanya Rosli dengan kecewa pada jawapan Dania.
    "Yakin tu tak der la, tapi tadi aku ada telefon dengan Tok Batin, dia cakap dalam ramalannya rantai tu masih ada di sekitar kampung tu", Dania menerangkan secara serius dengan Rosli.
    "Eii...seram kot, camner masih boleh ada kat sana, padahal aku dah ambil letak dalam kereta, kau pun satu Dania percaya sangat cakap Tok Batin tu. Dia main rasa-rasa ja, entah entah barang tu tak der, camner?", Rosli cuba mengubah kata putus dari Dania.
     "Tak nak percaya tak boleh juga Rosli, ingat tak Tok Batinlah yang temukan tempat sejarah tu, sume barang yang kita jumpa guna bantuan dia, kau masih nak ragu-ragu lagi, amacam..mau tak ikut aku?Ni tanggungjawab bersama."
     "Kalau kau dah kata macam tu, aku kena pergi la, takkan nak biar sayang aku yang sorang ni pergi sorang, kalu dikebas Tok Batin nanti melepas aku, hehehe", gurau Rosli yang tak pernah lekang dengan jenakanya.
      "Mulalah nak ngada-ngada, orait esok kau ikut aku", Dania mencebikkan muka diikuti senyuman terukir di bibir kerana dia berjaya memujuk Rosli.
      "Esok?Adoyai..cepatnya", Rosli mengeluh.
      " Yala, makin cepat makin bagus, kau nak ke jabatan kita disiasat akibat kecuaian, malu la weyh", Dania kembali meneguhkan pendiriannya untuk ke sana
     "Ya la nenek, hahaha", sindir Rosli pada Dania.
    
  
  
  
  
    
  

 
Nur Aizah
  Karya: Nur Aizah binti Ramli

  "Terima kasih nek", ucapan itu tanda hormat Dania kepada nenek yang mengalungkan rantai loket berwarna biru padanya. Unik rantai itu mempunyai loket yang bercahaya dan keadaan dalamnya seperti pemandangan dari dasar laut, sangat indah. Dania kembali mendongakkan kepala untuk bertanya kepada nenek, namun wajahnya tampak kecewa pabila nenek tiada di hadapan dan sekitarnya.
    "Mana nenek pergi", katanya yang sedang bermonolog sendirian.
    Suasana tenang di bawah pohon ketapang bertukar menjadi kelam kabut, pohon-pohon mulai bergoyang seolah-olah tidak mengizinkan penyerahan loket daripada nenek untuk Dania. Daun-daun dan ranting kering mulai berguguran, tanah mulai merekah, lalu terhidu bau hanyir yang datangnya dari bawah tanah. Dania terkejut setelah menyedari rekahan tanah terdapat lendiran cecair pekat berwarna kuning dan mereah, keadaannya seperti campuran darah dan nanah.
   " Ya Allah, apakah semua ini?"
    Dania berlari sekuat hati kerana khuatir jika rekahan itu akan membawanya jatuh ke dalam.
    " Aduh..", jerit Dania yang terjatuh akibat tersadung pada sesuatu. Dia memalingkan muka dan melihat kakinya dipegang oleh suatu lembaga yang muncul di balik rekahan itu. Dania hanya mampu menjerit sekuat hati kerana lembaga itu kian muncul sepenuhnya. Dania tidak mampu melepaskan diri kerana lembaga itu memegangnya begitu kuat.
    "Arghh...lepaskan aku!! Mak..!!!! tolong Dania!!!!", namun tidak dapat didengari oleh sesiapa. Serentak itu, Dania terjaga dari tidur dan mendapati dirinya berpeluh bagai orang dikejar hantu.
    "Dania bangun dah masuk waktu maghrib ni,  menjerit tak tentu pasal, orang tua pesan tak baik tidur waktu senja-senja. Dah... pergi mandi, solat pastu turun makan", tegur Mak Jah kepada Dania. Dania sedar dia memang sengaja tidur petang itu dek keletihan setelah selesai tugasannya di Kampung Merapuh di Melaka. Kampung itu terkenal dengan khazanah lama yang masih belum diterokai. Tinggalan lama harus dilindungi untuk tatapan dan maklumat kepada generasi pada masa kini tentang tradisi kuno masa lalu.
    Tuala dicapai lalu menuju ke bilik air. Dania anak bongsu Mak Jah dan Pak Halim. Dia sahaja yang tinggal bersama Mak Jah dan Pak Halim sementara dua orang abangnya telah berkahwin dan seorang menetap di Negeri Sembilan dan seorang lagi Johor. Memulakan karier sebagai ahli sejarah dan bekerja di bawah muzium negeri Melaka.Dania seorang gadis berusia 27 tahun, memiliki susuk tubuh yang agak gempal, tinggi lebih kurang lima inci tidak menampakkan dirinya yang berisi, kulitnya sawo matang seperti gadis asia.
     "Run  bukannya apa bang, tanah yang serelung tu berilah pada Run lagipun Run betul-betul nak guna,"jelas Harun, adik Pak Halim.
     " Kau nak jual ke, kau tu...susah apa bendanya? Kebun getah yang ayah beri dulu pun tak habis makan kalau kau betul-betul usahakan, ni tak asyik dengan judi, perempuan, main ekor je manalah nak cukup.", leter Halim pada adiknya.
   "Abang nak beri ke tak?! Kalau tak nak beri, janganlah berleter macam mak nenek, dah tak nak bagi tu cakap je la? Kedekut betul!!, tengking Harun pada abangnya.
  Dania terdengar perbualan ayah dengan bapa saudaranya. Nampak tegang perbincangan mereka.
   "Kenapa tu ye?", tertanya Dania di dalam hati.
   " Kau mengendap sape tu Dania, bukan kau tak kenal Pak Su kau tu, datang sini tak dak yang lain nak mintak duit la tu",kata Mak Jah
   "Mak ni, tak baik kata macam tu, dia tengah bincang  pasal kebun getah dia kot", Dania menafikan apa yang dikatakan ibunya.
     Harun berlalu pergi dengan wajah yang merah padam, motor dihidupkan dan dipandu sekuat hati keluar dari laman rumah abangnya. Barangkali marah atas teguran itu. Ayah yang melihat menggelengkan kepala.lalu masuk ke dalam rumah.
    " Datang awal-awal rupanya ada hajat, lepas tu mengamuk bila tak dapat apa yang dia hendak, habis aku pun ditengkingnya", leter Pak Halim sendirian.
Nur Aizah
Karya: Nur Aizah binti Ramli
 


 "Tik..tik..tik" rintik hujan membasahi bumi. Kedengaran pula desiran angin mengusik pohon yang rendang memayungi tanah gersang. Di seberang jalan, kelihatan seorang anak gadis dalam perkiraan usia belasan tahun duduk menunggu bas. Suasana mendung dan suram lantas membawa fikirannya melayang pada sebuah kenangan yang sukar ditafsir pengertiannya pada diri yang masih belum matang
"Aku nak kau dengan si Lisa ni berambus dari rumah aku, sekarang!, bentak Johan kepada Rina.
" Kenapa abang? Rina isteri abang dan Lisa ni anak abang, sanggup abang nak halau kami?!", tanya Rina yang kebingungan dengan tindakan suaminya.
    Tanpa bercakap panjang, Johan menuju ke dalam bilik dan membawa beg yang berisi pakaian lalu dilemparkan di hadapan pintu rumah. Rina yang begitu sebak dengan situasi yang berlaku terus memegang erat tangan Lisa dan berlalu keluar dari rumah itu.
    "Gedebush", simbahan air dari lopak air yang berdekatan terkena pada Lisa, hanya lirikan tajam mata Lisa tertumpu pada sebuah kereta yang meluncur laju tanpa menghiraukan dirinya yang duduk menunggu bas di tepi jalan. Sempat dia menghafal no plat kereta tu.
   "Ya Allah, apa kena dengan driver ni bawa kereta macam nak berlumba, biadap betul la... dia ingat aku yang kat tepi ni tunggul ke ha..!!!, Lisa bengang dan tidak dapat menahan rasa marah yang membuak-buak di dalam hati.
    Segala bayangan kisah lampau yang tergambar dalam fikirannya terus  hilang entah ke mana. Wajah manis gadis yang berusia 18 tahun ini  masam mencuka dek malang yang menimpa diri. Sudah kelihatan kelopak tenang air yang hampir mengalir di pipinya. Manakan tidak hari ni segala yang dibuat semuanya tidak menjadi  tambahan pula jualan perhiasan maniknya kurang laris.
    Bas yang ditunggu sudah kelihatan, dia segera mendepakan tangan. Setelah bas berhenti Lisa menapak masuk ke dalam bas. Dia tidak menghiraukan bajunya yang kotor terkena simbahan air tadi, tetapi masih bengang pada insan yang telah memperlakukannya begitu.
    "Psst..pssstt" bunyi itu seolah-olah memanggil dirinya untuk menoleh ke belakang.
    " Wa...cantik baju, baru beli ek? Nanti belikan untuk abang ya..hehe", usik Hairi.
    Jika diikutkan hati mahu saja dilayangkan penampar sulungnya pada pipi tembam si Hairi, teman sekampung yang selalu saja menyakat dirinya tatkala mereka bertemu muka. Lisa masih boleh bersabar dan hanya menjeling tajam pada Hairi. Bagaimana hari ni mereka boleh berjumpa di dalam bas, selalunya tidak pernah sebab Hairi ada motor.
    "Adoi, kau tengok tu Man, dia main jeling-jeling dengan aku, ni yang aku jadi semakin sayang ni Lisa oi...hahaha", Hairi semakin galak mengganggu Lisa.
     Seketika sampailah Lisa ke destinasinya, dia menuruni anak tangga tanpa memalingkan muka pada Hairi. Baginya wajah Hairi yang begitu geli  memang tak patut dipandang.
      "Bye-bye sayang", jerit Hairi dari atas bas.
       "Memang tak tahu malu jantan ni, memalukan kaum lelaki je, eii..siapalah yang nak kat dia tu, dah la tak cukup tinggi, gatal pulak tu", leter si Lisa di dalam hati.
     Hujan masih belum berhenti, rintiknya mengenai pada wajah Lisa yang masih bergetah dan licin tanpa sebarang cela. Langkah Lisa semakin pantas pabila melalui lorong menuju ke rumahnya. Semak samun dan pohon besar merendang begitu menyeramkan untuk dilalui terutama ketika waktu petang.
     "Assalamualaikum, mak...Lisa dah balik,"
      "Waalaikumussalam, Lisa dah balik ye, macamana dengan jualan hari ni?
     "Hari ni kurang laris mak, mungkin sebab hujan orang tak ramai berkunjung ke Pasar Tani", jawab Lisa dengan suara yang lesu.
     "Em, tak mengapalah Lisa, hujan tu rahmat Allah pada seluruh makhluk di alam ini, apa yang ada kita bersyukur ya., senyum Rina pada Lisa.
      Rina memandang tepat pada pakaian Lisa lantas bertanya.
      " Eh, kenapa pakaian Lisa kotor ni, main hujan ke?
      "Tak la, tadi waktu Lisa tunggu bas ada kereta masuk membelah lopak air, jadi air tu terkena pada Lisa, habis basah, geram betul?"
      "Ala kesiannye anak mak ni, mungkin musibah yang menimpa Lisa hari ni ada hikmahnya, sabar ya nak, pujuk Rina  sambil menggosok bahu anaknya. Sudahlah, pergi mandi lepas tu tolong mak sediakan makan malam",
     Begitulah kehidupan dua beranak, Lisa dan ibunya. Setelah ibunya diceraikan, tinggallah mereka di rumah usang tinggalan arwah nenek sebelah ibunya. Kehidupan mereka hanya bergantung sepenuhnya pada jualan gelang dan rantai manik juga mengambil upah menjahit pakaian.
    "Bila kau nak sedar, kau tu hina! tau tak hina, jijik, jelik semua tu pada kau! Muka macam kau memang tak layak untuk hidup kat atas muka bumi ni" kata seorang lelaki yang betubuh tegap dengan wajah yang begitu bengis.
    "Kenapa ayah cakap macam tu pada Lisa, Lisa anak ayah, darah daging ayah tak baik ayah cakap macam tu, rintih Lisa yang begitu sebak dengan kata-kata dari ayahnya.
    "Anak aku, hahahahahahah....wajah yang bengis tadi bertukar menjadi suka pabila mendengar kenyataan dari Lisa dan seketika bertukar seperti singa yang kelaparan.
   "Kau tu anak ...."
   "Abang!", jerit pada suatu suara yang tidak dipastikan dari mana arahnya.
    "Argh..!!!", Lisa terkejut lalu terbangun dari tidur.
   "Lisa? Kenapa ni?, tanya ibunya.
    " Mak, Lisa mimpi...Lisa ni sebenarnya anak siapa mak? Kenapa ayah bencikan Lisa? Kenapa ayah tak nak melihat wajah Lisa mahupun membelai Lisa", Lisa bertanya sambil air mata terus berlinang ke pipinya.
    "Lisa, kenapa Lisa tanya begini. Dengar ya, Lisa anak mak, jangan tanya lagi sayang. Tiada sesiapa yang dapat pisahkan mak dari Lisa. Sudah, Lisa jangan menangis lagi," pujuk ibunya sambil mengesat air mata Lisa.
     Rina begitu menyayangi Lisa, meskipun kemewahan tidak dapat ditaburkan kepada Lisa cukuplah hanya kasih sayang menjadi peneman baginya dan Lisa.Sungguhpun demikian, Lisa tetap dijaga dan segala keperluan diberikan yang terbaik untuk Lisa.
     Pagi tu, Lisa bangun awal seperti kebiasaaan. Jarak sekolah yang tidak begitu jauh dari rumah memudahkan Lisa untuk berjalan kaki. Tahun ini, Lisa akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), dia begitu berazam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai impiannya menjadi seorang penulis novel yang terkenal. Dia juga mahu meningkatkan taraf hidup keluarga kepada yang lebih baik serta memberikan kehidupan yang lebih selesa buat bonda tercinta.
    Masa yang berlalu mendewasakan Lisa yang kini berusia 24 tahun. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian(Penulisan Kreatif) melayakkan dirinya menjadi seorang penulis muda yang begitu berbakat. Kebanyakan karyanya kini menjadi kegilaan remaja, bertakhtakan nama pena Lisa Farina dia mempertaruhkan seluruh jiwanya dalam dunia seni untuk berkarya.
    " Lisa, sudah-sudahlah menaip, mari makan sekarang, nanti sejuk pula lauk pauk ni" panggil ibunya.
    "Ya mak, kejap lagi Lisa datang, ada sikit je lagi", jawab Lisa.
      Kesibukannya semakin bertambah semenjak bergelar  penulis terkenal. Dirinya kerapkali menjadi tumpuan syarikat bagi penghasilan karya baharu yang lebih mantap untuk tatapan peminat setianya.
    "Lisa, ni ada surat untuk awak, Iza menghulurkan sampul surat berwarna coklat tanpa alamat lengkap penerima.
   "Terima kasih Iza", Lisa menerima surat tersebut dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.
     Hujung sampul surat dikoyakkanm lalu lipatan kertas A4 berwarna putih dikeluarkan. Lisa membuka lipatan kertas dengan berhati-hati. Pabila dibuka, terdapat tulisan berwarna merah terdampar pada helaian kertas itu. Setiap baris kata dibaca dengan penuh teliti.
  
   Lisa, 
   "Jika kau nak nyawa kau dan mak kau selamat, sediakan wang berjumlah RM100 000, 
     kalau kau tak dapat sediakan wang sebanyak tu, kau takkan dapat lihat wajah mak kau lagi. 
     Aku akan hubungi kau dari semasa ke semasa. Tapi kau ingat! Jangan beritahu pada orang lain, 
      jika tidak kau akan dapat habuannya dari aku.!!!!"


     Lisa yang berdiri tadi terduduk di atas kerusi dengan wajah pucat yang penuh kebingungan. Dia benar-benar terkejut pada ugutan yang diterimanya. Sebelum ini dia sesekali tidak pernah menerima surat yang berunsur ugutan terutama untuk mengancam nyawanya. Pada perkiraan firasatnya yang kembali distabilkan mungkin ada insan lain yang cemburu pada kejayaan yang semakin dijulangnya. Fikiran sengaja dilayangkan pada imbasan wajah rakan-rakan penulis. Tidak ada seorang pun yang disyaki untuk melakukan perbuatan sedemikian.
   " Ah, ini mungkin cuma notis ugutan dari orang yang ingin menjatuhkan aku, mungkin jua orang ini mahu menguji tahap emosi aku, biarlah", surat ugutan itu direnyukkan lalu dibuang ke dalam bakul sampah di sisi meja.
  " You have one message, please open it", bunyi nada dering mesej pada telefon bimbit Lisa.
   "Kau dah baca? Bagus, sekarang aku nak kau buat seperti yang aku arahkan. Aku beri tempoh 24 jam bermula sekarang untuk kau. Sediakan wang segera jika kau nak tengok wajah ibu kau lagi"
    Mesej dari private nombor itu tidak dapat didail menyukarkan Lisa untuk mengesan nombor yang menghantar mesej padannya.
   Ugutan yang dianggap mainan bertukar menjadi keadaan yang benar-benar berlaku. Apakah ugutan itu daripada seorang penjenayah? Apakah juga dari seorang yang mengenali aku? Mak..mak, aku kena pastikan ibu aku selamat. Dia segera menekan  butang pada telefon bimbit.
   " Tut...tut", hatinya berdebar-debar menunggu panggilannya dijawab oleh ibu.
   " Hello, assalamualaikum, " kedengaran suara ibu di hujung talian.
   "Waalaikumussalam, mak sihat? Mak tak apa-apa ke?," tanya Lisa yang kerisauan.
   " Ya, mak sihat. Kenapa nak? Lisa ok ke?" ibunya berbalas tanya.
   " Tiada apa-apa, alhamdulillah jika mak sihat, Lisa risau, mak tinggal di rumah kunci pintu tau, jika ada orang yang tak dikenali jangan buka pintu ya, mak dengar dan ikut ya cakap Lisa", pinta Lisa pada ibunya.
   " Ya mak tahu dan ikut, tapi ke.....tut tut"
    " Mak...mak..."
    Belum sempat Lisa menjawab talian terputus.
    " Hah, apa yang terjadi. Ya Allah, selamatkan ibuku."
   " Iza, aku kena keluar sekarang, ada hal yang sangat penting, tolong beritahu Encik Hashim ya", pesan Lisa kepada Iza dalam keadaan yang tergesa-gesa.
   Lisa berlalu pergi tanpa sempat ditanya secara lanjut Iza. Dalam keadaan yang sedemikian Lisa tidak dapat menumpukan perhatian dan berfikir dengan waras. Dia bimbang jika ibu diapa-apakan. Lisa cuba menelefon semula ibunya tetapi tidak berjaya.
     Enjin kereta segera dihidupkan. Lisa mengundurkan kereta ke belakang dibantu cermin hadapan dan sisi. Seketika pandangan dan pergerakannya terhenti pabila dirasakan ada benda tajam yang diacukan pada lehernya.
   " Terus pandu dan ikut arahan aku". Lisa mengikut saja arahan orang itu.
    Ketakutan yang menimpa dirinya tidak dapat ditahan sehingga menitiskan air mata, Pandangannya kabur dek air mata yang memenuhi kelopak matanya.
    ''Kau nangis ye, jangan takut.. habis sangat pun kau mati je...hahahaha....Diam!!!!.. Kalau kau nangis aku bunuh nanti," Gertak penjenayah itu.
    " Belok kiri pastu terus je." arah lelaki itu.
     " Aik, bukan ke ni kawasan rumah aku, apa yang dia nak buat ni, siapa lelaki ni macamana dia boleh tahu mana aku tinggal, tanya Lisa di dalam hati.
     Pada saat itu, Lisa hanya ingat pada mak, apa yang dah jadi pada ibu sekarang. Adakah orang ni ada kaitannya dengan kehilangan ibu.
    Suasana malam kian suram dek kisah yang dilalui Lisa. Dia hanya mampu berdoa agar ada insan yang dapat membantunya. Fendi, teman rapatnya diharapkan dapat membantunya. Tetapi bagaimana? "Fendi...tolong aku", jerit Lisa di dalam hati.
    Sampai saja di rumah. Lelaki itu menanggalkan topengnya dan berpura-pura baik kerana tidak mahu menimbulkan rasa pelik pada jiran. Tindakannya mahu dikaburkan supaya niatnya tidak dapat dihidu oleh siapapun. Pada waktu inilah peluang bagi Lisa untuk segera mencari telefon bimbit menaip mesej pendek
 " tlg..", namun belum sempat ditekan butang send pada Fendi. Lelaki itu membuka pintu dan menarik Lisa keluar. Rentapan kasar pada Lisa membuatkan telefon bimbitnya jatuh terhentak di lantai kereta.
   "Ah, sakit"
    Tubuhnya dilempar kasar di atas lantai marmar. Matanya tertumpu ke arah marmar menuju ke arah tubuh lelaki itu,
 " Lelaki ni....hah?!..."
     " Kenapa? kau terkejut?!!"
 "Mana mak, mana kau sorokkan mak aku?!"
 " Oh, mak kau ada, kesian dia tunggu kau lama sangat".
 "Kenapa kau masih ganggu kami, apa yang kau nak"
 " Apa yang aku nak? Kau dah tahu tanya lagi.. Aku nak duit la, beri aku RM100 000 lepas tu aku akan lepaskan mak kau"
     Lisa berdiri dan cuba melawan lelaki tersebut. Namun hentaman kuat pada mukanya membuatnya terdiam seketika.
    " Aduh!!", lelehan darah dikesat pada bibirnya.
    " Macamana, nak lawan lagi ke?, Kau tak payah susah susah, serahkan sahaja duit tu"
     "Baik, aku akan berikan pada kau duit tapi lepas pukul 12 tengahari esok.Lepas tu kau  kena janji lepas ibu aku dan jangan ganggu kami lagi", jerit Lisa pada lelaki yang langsung tidak dihormatinya lagi dek perbuatannya itu.
    "Ya, macam tu la sayang, hahahaha" hilai tawa suara lelaki itu bergema pada rumah.
     "Gedegam!!!" Bunyi hentakan pada pintu bilik kedengaran.
     "Ish degil betul la orang tua ni, tak habis-habis nak buat perangai"
      Lisa dapat mengagak ibunya dikurung di dalam bilik itu, tangan yang diikat cuba dirungkaikan ikatannya. Lighter penyangak yang ada diatas meja segera digapai dengan kaki. Lisa segera memutuskan ikatan dengan nyalaan api pada lighter. Setelah dapat dilepaskan dia segera mengambil pasu kaca yang terhias di atas meja. Namun, belum sempat dia bersedia dengan pasu di tangan, pintu bilik dihentam dengan kuat.
     " Penyangak tu dah keluar, bodoh betul la", kata Lisa.
     Dia segera membetulkan keadaan seperti tadi, dan berpura-pura seolah-olah tangannya masih diikat.
     "Apsal mak kau degil ha....?!!!! Macam perangai kau"
      " Macam perangai kau juga", lawan si Lisa.
      Lelaki itu mengalihkan wajah dan merenung tepat pada Lisa. Dia menampar wajah Lisa.
      "Kurang ajar kau ya, memang dasar anak luar nikah macam ni la kan", jerit Johan pada Lisa
      " Luar nikah? Apa maksud kau?!!, tanya Lisa.
     " Mak kau dan aku kahwin sebab kau la",
      Lisa tersentak lalu terdiam.Dia menangis semahu-mahunya. Apakah benar apa yang dikatanya lelaki tu. Tubuhnya terbaring longlai di atas lantai. Namun, perasaan marahnya masih membuak kerana tindakan ayah yang mengurung dan memukul ibu. Lelaki itu tidak menghiraukan Lisa yang menangis lalu berehat di atas sofa sambil menonton televisyen.
    "Kau memang manusia yang bertopengkan syaitan"
     Lisa berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik di tingkat atas, dia pasti bahawa ibunya terkurung di atas sana. Kunci pendua yang disimpan di bawah tangga diambilnya. Lelaki itu langsung tidak perasan pada pergerakannya.
     " Mak..mak..mak" Lisa menggerakkan ibunya yang lemah di atas lantai.
      " Lisa, maafkan mak nak.Mak bersalah," rintih ibunya.
      " Sudahlah mak, apa yang terjadi telah terjadi". Kita perlu cari jalan untuk selamatkan diri. Mari ikut Lisa kita lari ikut pintu belakang"
       Ikatan pada ibu dirungkaikan, mereka menuju ke tangga dan menapak perlahan. Dilihatnya lelaki itu masih nyenyak tertidur di atas sofa.
      Mereka segera menuju ke dapur. Dalam keadaan yang tergesa-gesa Lisa tertolak gelas di atas meja lalu pecah berderai di atas lantai.
     "Pranggg"
    " Mak cepat lari.....",jerit Lisa.
    "Hoi.....!!!!!!" Mana korang nak pergi tu?!" , jerit lelaki tersebut. Dia terus berlari ke dapur, direntap rambut Lisa. Berlaku pergelutan dua beranak, Rina menjerit supaya keadaan itu dileraikan.
    " Abang, sudah bang. Lisa tak bersalah" jerit Rina.
    " Kau diam!! Lisa ni pembawa malang. Hina! Jijik! Kotor! Busuk!, bentak Johari pada Rina
     " Yang hina, jijik, kotor, busuk sume tu abang....abang!!!bukan Lisa", jelas Rina.
     " Apa kau kata, ulang sekali lagi", mata Johari kini terarah pada Rina. Lisa yang dicekiknya tadi dilempar ke dinding sehingga luka didahinya. Lisa sudah lemah tidak berdaya lagi. Nyawanya tinggal seperti nyawa-nyawa ikan. Rina takut namun tetap dikuatkan semangatnya supaya Johari tidak terus menyangkanya lemah.Rina tahu tubuhnya pasti akan dibelasah seperti dahulu. Namun, dia tidak gentar demi nyawanya untuk Lisa. Rina masih ingat Johari memang kekasihnya tetapi suatu ketika dahulu, dia mengaku dia tersalah pilih teman hidup kerana Johari adalah syaitan bertopengkan manusia. Cintanya adalah pada nafsu semata-mata tanpa meletakkan sebarang matlamat dalam perhubungan. Namun, nasi sudah menjadi bubur dan hidup mesti diteruskan.
      " Kau ni pun satu, memang nak kena jugak ke?", satu tumbukan mengenai pada perut Rina. Rina diperlakukan seperti bola disepak dan diterajang. Rina berlari ke ruang tamu namun sempat ditarik lengannya oleh Johari. Kali ini Rina sempat memegang kayu hoki yang memang sentiasa diletakkan dibelakang pintu rumah.
     " Kau rasa hebat sangat la boleh pegang kayu hoki tu..hahahhaha..",gelak Johari yang mempersendakan tindakan Rina.
     Tanpa berlengah panjang panjang Rina mengetuk kepala Johari bertalu-talu. Namun kayu itu dipegang kuat oleh Johari yang menolak kasar Rina ke pintu rumah yang tertutup. Rina tidak terdaya untuk memegang tombol pintu. Johari mengeluarkan pistol yang terselit di sisi pinggangnya.Pistol dihalakan tepat pada kepala Rina.
     Bunyi tembakan kedengaran dari ruang tamu. Tubuh rebah di atas lantai. Mata merenung tajam pada wajah itu.
    "Mak!!", Lisa yang tersedar dek bunyi tembakan itu menjerit memanggil ibunya. Dia yang masih kebingungan kerana hentakan kuat di kepala merangkak perlahan-lahan mencari ibu.
    " Lisa, anak mak, kau tak apa- apa ke nak?",tanya ibu.
    " Mak, mak baik-baik saja kan? Alhamdulillah, tapi siapa yang kena tembak?", Lisa melihat wajah lelaki itu di atas lantai. Darah membasahi lantai marmar, mata lelaki itu masih merenung tepat ke arah mereka
     " Polis datang, ibu pun tidak tahu bagaimana keadaan ini berlaku, bila ibu tersedar ibu terdengar suara kau menjerit dan Fendi segera mendapatkan ibu."
     "Fendi?"
     " Ya. Lisa" Fendi berdiri dan menyapa Lisa.
      " Bagaimana awak datang sini, saya tak beritahu awak pun"
      " Tapi awak yang hantar mesej pada saya, lepas dapat mesej saya terus hubungi awak tapi tak diangkat, saya cari awak kat pejabat tak der pun, Iza cakap awak keluar petang tadi sampai sekarang masih belum pulang, saya bimbang terus bergegas ke sini", jelas Fendi.
      Lisa mula mengingat, rasanya dia tidak sempat pun menghantar mesej pada Fendi, mungkin juga telefon bimbitnya yang terjatuh telah terhentak pada lantai lalu tertekan butang send. 
      " Semuanya kehendak dan kuasa Allah SWT, Lisa....mak mintak maaf, mak pasti kamu dah tahu keadaan sebenar yang berlaku. Mak benar-benar menyesal, maafkan mak nak. Mak salah pilih laluan hidup mak, kata Rina yang menangis teresak-esak lalu dipeluk oleh Lisa.
      " Apa yang berlaku tak dapat diulang untuk diperbetulkan semula yang pasti mak dan Lisa sekarang dah bersatu dan bahagia." pujuk Lisa pada ibunya.

    
  
Nur Aizah
     Letih hari ni berjalan ronda kat Alor Star, tapi bukan ronda yang tak dak tujuan. Bermula dari Kuala Nerang naik bas pastu ke Shahab Perdana. Di sana aku ngan adik aku p pekena makanan kat RFC. Menunya lebih kurang macam kat KFC juga, apa yang menariknya tentang RFC ni makanannya memang tulen buatan bumiputera dan yang paling penting halal. Ha...mencari yang halal tu kan fardhu bagi kita umat Islam. Wa..rasanya macam ayam kat KFC..sedap dan berpatutan. Jadi tiada alasan lagi bagi kita untuk mengatakan tiada makanan segera yang halal untuk umat Islam.
      Habis je makan kami ke Pekan Rabu sebab kat sana nak ke City Plaza beli buku kat adik. Mahal naw buku utk form 6 pnya, hampir mencecah 40 hengget. Kalu ikutkan ada 6 buah buku lagi yang kena beli... Woo...memang belajar sungguh la, mengalahkan buku-buku yang aku guna belajar kat maktab. Harap2 adik aku dapat result yang baik nanti. Form 6 bukannya mudah kena usaha sungguh2 la.
      Selesai beli barang suma aku pun nak bergerak balik la, tapi sebelum tu ronda la kejap kat Pacific beli barang2 makanan. Aku bab makanan ni..hehe..tak berkira sangat. Abis je beli barang, maka melangkah la kaki untuk balik ke pangkal jalan. Kaki ni memang dah lenguh tak terkira dah. Alhamdulillah, bas yang ditunggu cepat jugak datang.
       Setakat tu saje kisah aku untuk hari ni. Lain hari cerita lagi. Da....(^_^)....
 
  
Nur Aizah
  
     Hari ini aktiviti aku pergi kenduri je, mulanya rasa segan tapi aku teguhkan hati jugak pergi dengan keluarga. Yala, dah besar-besar ni rasa malu nak g makan kenduri padahal waktu kecil dulu pantang je sebut kenduri awal-awal dah siap, bersiap mengalahkan mak, lipstik tu kalau guna habis comot bibir, "takpe....dah cukup cantik la tu", kata kawan yang merangkap mak andam aku, hehe. Sekarang aku dah besar, make up sume dah tak nak pakai, nak tau sebab apa? Sebab rasa melekit, tak natural dan sebab2 yang lain.

Sampai ja kat umah kenduri aku rasa macam tak nak turun kereta, macam orang tak dak hidung. Tapi nanti kesian pulak mak ngan ayah aku jalan berdua. Maka, aku pun turun dan berjalan dengan penuh rasa keseganan. Memang ramai orang kat umah kenduri, dah nama pun kenduri mestilah penuh ngan orang kan. Aku dah rasa lain macam apsal orang dok tengok aku ni, aku ada silap pakai baju ke?takpun salah ke aku tak make up hari tu. Macam-macam tekaan aku kat dalam hati ni. Apapun aku tebalkan muka, biarlah diorang nak pandang yang penting apa yang aku pakai sopan dan masih menutup aurat. Em, selesai makan kenduri kat umah sedara ayah , ada  satu g kenduri kat umah kawan aku.. akak dia nikah.

        Kenduri kat umah kawan aku yang ni, meriah la dengan dj sume ada. Hai...dalam fikiran ni dok bayang dah kalaulah ini kenduri aku, bahagianya.Gatal betul la, hehehe..gurau je ye. Kat kenduri tu aku jumpa kawan2 lama. Wa...dah cantik, segak diorang bila dah besar ni. Terpegun aku tengok. Kami pun dok bersembang la sejam dua. Pastu aku ngan 2 orang g kawan aku berangkat pulang. Dalam melangkah kaki nak pulang sempat lagi aku tengok pelamin kat situ..Hehehe..macam-macam yang aku pikir..kikikiki...
        Tu je kisah aku untuk hari ni. Esok cerita yang lain pula. Aku dan adik aku nak g alor star, jalan-jalan cari pasal. Hehehe....(^_^)
Nur Aizah
  
       Benci? Meluat?Apa kono ngan eden ni..Em, semuanya berlaku dalam keadaan tak pasti, Nak kata salah tak kata pon tak leh gak. Aku sekarang dah meluat dah nak tengok kisah-kisah cinta ke apa-apa ke yang berkaitan dengannya. Mengarut ja semua tu, lagha...tak dak untungnya. Buat abis masa ja. Tapi tu la yang aku buat waktu remaja dulu, layan cerita yang macam tu. Bila dah besar  tak nak tengok dah. Ni la salah satu sebab aku tak leh tengok cerita yang spesies cinta. Aku cuba cari sebab dan aku tahu sebabnya.
      Argh...penat aku buang perasaan ni jauh-jauh, tapi dia datang semula. Aku tak tau nak buang mana dah. Kerapkali terlintas dalam hati, tu la iblis ni memang suka mengganggu akhirnya aku yang terseksa jiwa. "Perasaan yang lama tu hilangkan.. jangan ingat lagi, dah die tak ska nak buat apa lagi", kata akal yang menjadi perdana menteri bagiku. "Ish, mana bleh, kau hanya dapat dia sekali je dalam seumur hidup ni jangan lepaskan, nanti menyesal", kata nafsuku. Arghhhh.....pening pening....Aku berusaha keras capai kejayaan selama ini salah satu sebabnye aku nak buktikan padanya aku bukanlah lemah seperti yang disangka. Astaghfirullah hal a'zim......"kau tak boleh begini, yang lepas biarlah lepas dengar sini Allah SWT hadirkan dia seketika dalam hidup ni supaya kau belajar sesuatu darinya dan kau harus menerima segalanya" kata akalku.
      Akhirnya, aku sedar bahawa dalam hidup ni biarlah "enggang sama enggang, pipit sama pipit" barulah tak susah nanti. Ya, aku si pipit yang nak menjadi si enggang tapi mana la boleh. Tak mengapa si pipit boleh juga bahagia kerana si pipit ada pasangannya yang lebih baik daripada si enggang. Sesuatu yang bermakna telah kupelajari dari kisah ini.
Nur Aizah
      

        Pepatah Melayu "rambut sama hitam, hati lain-lain" merungkaikan pada kisah yang nak dikongsikan ni. Pengalaman yang aku alami cukup menyedarkan aku untuk menilai diri seseorang sebenarnya bukanlah dari luaran semata-mata, bahkan dalaman juga, tapi manalah kita nak tahu dalaman hati dan niat seseorang kan? Apa pun perlu sentiasa berwaspada. Namun, usah menjadi kepada buruk sangka pula.
        Hal yang nak dikatakan ni berkaitan dengan apa yang terjadi pada keluarga aku sejak  aku lahir sampailah usia remaja. Kejadian bermula bila aku dah mula bertatih berjalan dan memahami sedikit suasana yang berlaku di sekitar. Ibu aku, dia seorang yang tabah, kuat dan cekal meskipun kadangkala kulihat semangatnya terumbang ambing dek sakit misteri yang tidak ku ketahui apakah penawarnya. Hampir setiap tahun sakitnya menyerang, deritanya bukan kepalang, muntah-muntah, meracau dan macam-macam lagi sampaikan apa yang dimuntahkan tu hanyalah air liur dan kadangkala diringi dengan lendiran darah. Astagfirullahal a'zim. Aku tidak mengerti apa-apa tika di usia itu. Yang aku tahu hanyalah menangis.
        Pelbagai penawar yang dicari, bermula dari pawang bahagian ulu hinggalah ke bandar. Tiada hasil  positif yang dilihat. Pada kebiasaannya, ibu akan sembuh setelah seminggu berlalu, setelah dihantar ke tempat lahirnya di Alor Star. Sedih keadaan ibu pada waktu itu, ibu dan ayah terpaksa berpisah jarak seketika. Aku pulak tinggal bersama ayah, em.....rindu pada ibu tika waktu malam menjelang. Tiada lagi yang cium dahi aku tika waktu malam. Tiada lagi yang membaca surah dan menghembuskannya di telinga aku.
        Pabila diri sudah menginjak dewasa dan memahami apa yang terjadi, aku sedar semuanya gara-gara perbuatan sihir dari orang tertentu. Mengapa sanggup berbuat demikian? Sedangkan mereka tahu perbuatan itu adalah berdosa besar dan dilaknat Allah swt. Itulah dunia, pentas lakonan manusia yang berhati busuk. Namun, apa yang terbaik sekarang adalah memaafkan mereka dan berdoa semoga dibukakan pintu hati mereka kepada kebenaran dan ditutupkan pintu kejahatan buat mereka, Amin.....
        Alhamdulillah, kini keluarga aku kembali bersatu meskipun masih terdapat sisa-sisa yang masih terasa pada keluarga aku. Berkat ikhtiar yang dilakukan oleh ayah tercinta dan pertolongan dari insan yang berhati mulia juga dengan izin ALLAH YANG MAHA KUASA, segalanya telah pulih seperti sediakala.
        Segalanya dapat dikongsi pada paparan laman web daripada seorang ustaz yang pakar dalam hal ni, di laman web berikut : http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/sihir.php
        Antara tips yang boleh diamalkan bagi menghindarkan gangguan syaitan dan sihir. Yang pertama mengamalkan membaca ayat kursi ( bacalah pada tiap-tiap solat lima waktu), Kedua, amalkan membaca surah Al-Ikhlas, An- Nas, Al-Falaq(setiap pagi dan petang kerana surah itu menjadi pendinding kepada kita). Ketiga, amalkan membaca ayat 255, 285 dan 286 surah Al- Baqarah( dibaca ketika senja yakni ketika hendak masuk waktu maghrib) dan yang terakhir amalkan  surah al-Qasas ayat 21.Ilmu dari tips  ini diperoleh melalui program Semanis Kurma di tv9 yang diadakan setiap hari Khamis pukul 10malam.
        Semoga kisah yang dikongsi sebentar tadi menjadi iktibar pada kita semua dan hindarilah dari perbuatan sihir kerana tidak membawa sebarang kebaikan bahkan memberi keburukan kepada kita di dunia juga di akhirat kelak.
Nur Aizah
           Kita selalunya takkan percaya pada perkara yang kita tak alami meskipun cuba diyakini oleh orang lain? "Em, betul ke apa yang kau cakapkan ni, arghhh..tak percayalah aku". Itulah ayat yang selalu didengar di hujung telinga ini. Namun itulah kenyataannya.
           Perkara yang nak diceritakan di sini tak tahulah sama ada menggamit rasa percaya pembaca pada kisah yang akan kita sama-sama telusuri. Biasanya, kisahnya diluar kotak pemikiran dan dunia kita. Aku tak tahu la, akhir-akhir ni aku asyik digembar gemburkan dengan kisah-kisah yang menyeramkan, berpuaka, dan yang sewaktu dengannya. Aku percaya dengan semua tu, tapi di sebalik kisah itu sebenarnya tersingkap satu cerita yang masih belum terungkai dan masih tersimpan rapi.
            Kaki ini belum lagi kujejak pada batu-batu di laman rumah itu sejak pulang bercuti tempoh hari. Entah mengapa aku tidak berkehendak langsung untuk ke sana padahal tempat itulah yang menjadi tempat permainan aku tika waktu petang. Pohon asam yang rendang merimbun dan membesar mengundang rasa curiga padanya. "Kau tengok tu, dia datang, tengoklah tu atas pohon tu". Keadaan atuk aku semakin teruk, kasihan aku padanya. Agak-agak korang apa benda yang dilihatnya tu? Hantu? Beruk? Burung? Em..aku pun tahu. Tapi dari apa yang dikatakan itu adalah makhluk halus yang dilihatnya.
            Aku segera menyangkal pada ketakutan yang menyelubungi diri kerana Allah swt adalah yang patut kita takutkan dan disembah. Hidupku di sini makin menjadi misteri dan penuh dengan tanda tanya. Hari-hari yang berlalu masih belum memberi sebarang jawapan pada apa yang berlaku. Pelbagai pengalaman yang telah aku tempuh, dan aku tidak mahu menghuraikan panjang lebar di sini bimbang jika menimbulkan perasaan yang takut pada pembaca.
            Pada aku yang penting pada saat ini adalah memperbanyakkan membaca al-Quran, solat jangan dilupakan, zikir harus diamalkan supaya terhindar daripada gangguan iblis laknatullah. Semoga segala rahsia yang tersimpan rapi dapat dihurai menjadi benang yang lurus yang masih boleh untuk dibentuk. Insya Allah.






Nur Aizah
    


   "Ish cantik betul baju-baju kat sini, tudung pun menarik gak , kalu aku pakai mesti matching dengan diri aku, takpe takpe nanti aku beli". Maka, dibelilah tudung dan baju itu walaupun tak la mahal tapi jika yang dibeli tu berhelai-helai agak beban dan membazir juga la. Bulan depan kisah yang lain pula " ala...kasut ni dah terkoyak sikit, kena beli lain ni, tengokla hujung minggu nanti aku beli yang baru kat Times Square". Demikianlah, situasi yang memang terjadi pada aku dan semua orang. Em, asyik melayan nafsu lesulah diri dibuatnya.
      Semua benda yang dibeli guna duit, asal ada je duit mulalah akal ligat berfikir nak beli yang tu nak beli yang ni. Padahal semua assesori tu masih ada dan elok, saje nak buang duit yang banyak. Dah tu, hujung-hujung sem mulalah "adoi...duit tak dak, camna ni" ha..akulah tu. Bukan nak mengaibkan diri tapi nak dijadikan sebagai pengajaran kat korang sume. "Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis", dah habis apa boleh buat, "ha...lu pikir la sendiri"..hehe...Waktu tu nasihat pon dah tak gne, sbb sendiri mau ingat la kan. Em ternyata pengalaman adalah guru yang terbaik buat kita. 
       Nak tanya? Boleh ke kita bahagia tanpa duit? Bagi aku jika dulu-dulu mungkin ya tapi orang dulu diorang takder duit pon tanah berekar-ekar, ada kebun dan macam-macam lagi.  Dunia sekarang duit dikejar-kejar, tapi kena ingat kejar duit pun jangan taksub sangat takut tersesat ke jalan lain pula. Sebabnya duit ni bleh dapat dari pelbagai sumber. Ya..sumber yang halal ataupun sumber yang haram. Aku ingat lagi ustaz aku pesan hasil pendapatan yang haram jika masuk ke dalam tubuh menjadi bakaran api neraka la jawabnya. Seram aku rasa, api yang kena dihujung jari pun boleh wat kita terloncat-loncat, inikan pula satu tubuh yang menjadi bakaran api neraka... Allahuakbar. Namun, dari sumber yang halal pun kena beringat juga keluarkan zakat, jangan buat-buat lupa. Zakat tu banyak faedahnya. Ternyata agama Islam ni agama yang sangat indah, diciptakan pelbagai hukum adalah untuk kebaikan umat. Ya, untuk membantu orang yang susah, juga sebagai penebus kepada rezeki yang diterima kita secara tidak halal tanpa kita sedari. 
       Kesimpulannya, duit ni memang sangat penting pada kita. Semua orang kene ada duit tapi duit tak semestinya memberikan kebahagian hakiki kepada kita. Kebahagian tu terletak pada keseimbangan dalaman dan luaran. Dalaman tu diibaratkan macam akhlak, luaran pula umpama harta.  Justeru seimbangkan kedua-duanya.

Related Posts with Thumbnails