Nur Aizah

Andai bintang malam berkedip lagi,
Andai mentari esok masih lagi kulihat,
Alhamdulillah padaMu Ya Allah,
Kerana rohku masih belum berpisah dari jasad,
Namun Ya Allah,
Kehidupan yang engkau ciptakan,
Begitu getir buatku,
Apa yang tertahan di hati,
Adalah nafsu duniawi,
Cuba kupalingkan darinya,
Namun kadang kutewas dalam pujukan,
syaitan laknatullah.

Ya Allah,
Cuba kupalingkan seluruh pandangan,
Yang menarik hati ini kepada lereng-lereng
bukit kejahatan,
Namun hanya iman senipis zarah menjadi benteng buatku.

Ya Allah cuba kupalingkan hati ini dari lintasan
fikiran yang diluar batasan agamaMu,
Cuba kupalingkan akal dari lintasan bisikan iblis laknatullah,
Cuba jua kupalingkan perbuatan dari akal yang terpesong,
Namun kadangkala aku alpa dek hiburan dunia.

Ya Allah,
Hadirkanlah hidayahMu pada hamba yang hina ini,
Ya Allah kurniakanlah hamba seorang pembantu,
Yang dapat membimbing diri dan seluruh hati ini ke jalanMu,
Terciptanya diriku dari rusuk kiri yang bengkok,
Yang memerlukan insan yang dapat memperbetul diri.

Ya Allah, masukkanlah hamba daripada pintu kebenaran,
Dan keluarkanlah jua hamba daripada pintu kebenaran,
Dan kurniakanlah bagi hamba daripadaMu seorang penolong,
Amin Ya Rabbal A'lamin....

(Hak Cipta: Nur Aizah binti Ramli)
0 Responses

Post a Comment